saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 04/02/2011

Sasar limbungan lebih besar

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Pembuat kapal aluminium milik bumiputera, Kay Marine Sdn. Bhd. (Kay Marine) merancang membina sebuah lagi limbungan baharu bernilai RM20 juta bagi pengembangan operasinya pada masa depan.

Pengerusinya, Datuk Wan Mohd. Albakri Wan Md. Noor berkata, Kay Marine telah mengenal pasti dua kawasan yang sesuai untuk membina limbungan kedua selepas di Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu iaitu di Lumut, Perak dan kawasan sekitar pantai timur.

Katanya, sekiranya proses pemilikan tanah seluas enam hektar tersebut berjalan lancar Kay Marine bakal memiliki limbungan baharu yang lebih besar tahun depan.

"Limbungan di Bukit Tumbuh hanya mampu membina bot sepanjang 40 meter dan ia hanya mampu menampung pembinaan tiga buah kapal dalam satu-satu masa dan ini menghadkan keupayaan Kay Marine untuk terus berkembang.

"Limbungan baharu tersebut jika berjaya dilaksanakan mampu menampung 10 buah kapal bersaiz sehingga 50 meter panjang dalam satu-satu masa dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Wan Mohd. Albakri berkata, bagi meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa, Kay Marine merancang menerokai pasaran Bangladesh, Sri Lanka, Timur Tengah dan Indonesia pada tahun ini.

Katanya, mereka juga mempunyai ejen pemasaran di Kuwait dan Nigeria dalam usaha untuk mengintai pasaran di rantau Asia Tengah dan Afrika.

"Kay Marine juga telah menerima projek pembinaan kapal 38 meter Aluminium Dynamic Positioning 2 Catamaran/Dive Support Vessel milik sebuah syarikat di New Zealand yang dijangka siap Jun ini.

"Kapal itu mencatat sejarah sebagai kapal berbadan aluminium terbesar pernah dibuat di Malaysia dan ini juga menjadi pemangkin kepada Kay Marine untuk memperoleh lebih banyak projek antarabangsa pada masa depan," jelasnya.

Ditanya tentang kelebihan kapal jenis aluminium berbanding besi, beliau berkata, kapal aluminium menguntungkan daripada segi pelaburan jangka panjang kerana kos penyelenggaraannya menjimatkan.

"Sememangnya diakui harganya tiga kali ganda lebih mahal dari besi tetapi aluminium hanya memerlukan separuh daripada keseluruhan berat besi untuk membina sebuah kapal.

"Kapal aluminium juga tidak perlu dicat dan mempunyai ketahanan yang lebih lama berbanding kapal besi. Dengan ini pemilik mampu mengurangkan kos penyelenggaraan dan baik pulih kapal mereka," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, perancangan lima tahun syarikat itu adalah meningkatkan jumlah projek antarabangsa pada nisbah 50:50 berbanding projek tempatan dan ketika ini pencapaian hanya 20:80, katanya lagi.

Selain itu, Kay Marine turut terlibat dalam projek pembinaan empat buah kapal peronda generasi baru (NGPV) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dibina oleh Boustead Naval Shipyard (BNS).

Kay Marine terlibat dengan kerja-kerja pemasangan perkakasan dalaman (Accomodation Outfitting) kapal tentera itu dengan nilai projek mencecah RM70 juta.

Menurut Wan Mohd. Albakri, pemasangan perkakasan dalaman merupakan satu bidang perniagaan baru untuk Kay Marine.

"Pengalaman dengan BNS telah memberi keyakinan kepada Kay Marine untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi keperluan kapal-kapal yang lebih besar.

"Kita juga berharap BNS sebagai sebuah limbungan kapal yang terbesar di Malaysia akan terus memberi peluang kepada syarikat seperti Kay Marine untuk menjadi vendor dan berkembang maju bersamanya," jelas beliau.

Setakat ini Kay Marine telah membina lebih 400 buah kapal pelbagai saiz untuk agensi kerajaan dan juga swasta sejak beroperasi pada 1992.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.