saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 05/02/2011

Kicauan merbah memecah sunyi

KUBANG PASU 4 Feb. - Kebiasaannya, setiap pagi kawasan Kampung Padang Asun di sini sunyi sepi. Namun baru-baru ini suara burung merbah jambul memecah keheningan pagi di kampung yang dikelilingi ladang getah itu.

Ini kerana sebanyak 72 ekor burung merbah jambul atau nama saintifiknya Pycnonotus Melanicterus dibawa oleh para pemiliknya untuk memasuki pertandingan bunyi, lagak dan gaya burung merbah jambul anjuran Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Padang Asun.

Mungkin bagi mereka yang tidak meminati haiwan itu, kicauan haiwan berkenaan dianggap bising. Namun buat peminat burung merbah jambul, kicauan suaranya dianggap sangat merdu dan mengasyikkan.

Burung tersebut yang berwarna coklat, mempunyai jambul berwarna hitam di atas kepalanya, memang mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana ia memiliki suara yang nyaring dan mudah jinak.

Biarpun harga burung itu mencecah ribuan ringgit dan kos harian untuk menjaga haiwan berkenaan agak mahal, tetapi ia tidak menghalang pencinta haiwan ini untuk terus melaburkan wang bagi membela burung berkenaan.

Seorang pemilik burung merbah jambul, Mohammad Rahman, 77, berkata, ketika pertandingan tersebut dia membawa dua ekor burung miliknya untuk menyertai pertandingan.

"Saya mula berjinak-jinak dengan hobi membela burung ini sejak 1956 dan sehingga kini tidak pernah jemu dengan burung.

"Anak lelaki saya, Ridzwan Mohamad, 29, juga berkongsi minat yang sama dengan saya. Jadi, lebih mudah untuk kami bertukar-tukar pandangan mengenai burung," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Asun di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamad, burung merbah jambul yang paling mahal dimilikinya berharga RM2,000 seekor dan dia terpaksa ke Thailand untuk mendapatkan burung tersebut.

"Bagi yang sudah jatuh cinta dengan haiwan kecil ini, soal harga yang mahal dan kesukaran untuk mendapatkannya ditolak ke tepi.

"Apa yang penting bagi kami adalah burung yang diidam-idamkan berjaya diperolehi sendiri dan apabila mendengar suaranya berkicau setiap hari, segala masalah yang dihadapi dapat dilupakan," katanya.

Anak Mohammad, Ridwan pula berkata, sejak kecil lagi dia sudah terdedah dengan burung dan minat terhadap haiwan itu semakin menebal apabila sudah bekerja dan mempunyai duit untuk membeli burung yang diminati.

"Kini, di rumah kami ada pelbagai jenis burung dan semua burung yang dibela mempunyai lesen seperti yang disyaratkan.

"Saya dan ayah juga selalu memasuki pertandingan burung di merata-rata tempat dan bagi saya hobi ini dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga," katanya.

Seorang lagi peminat burung, Lee Moh Sim, 25, berkata, dia baru setahun berjinak-jinak dengan hobi membela burung merbah jambul dan semakin menggemari haiwan tersebut yang mempunyai suara yang merdu.

Ujarnya, di peringkat awal dia hanya mengikut rakan-rakan membela haiwan tersebut, namun lama-kelamaan dia turut terjebak dengan hobi itu.

"Saya kini mempunyai enam ekor burung merbah jambul dan semakin berminat untuk membela burung ini.

"Melalui hobi ini juga saya mengenali lebih ramai kawan-kawan tanpa mengira kaum untuk berkongsi minat yang sama dengan saya," katanya.

Selain itu, Moh Sim memberitahu, dengan hobi itu juga dia dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial seperti melepak dan merempit.

"Biarpun ada yang kata hobi ini membuang masa dan duit, namun saya tidak kisah kerana ia memberikan saya kepuasan yang tersendiri," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.