saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 06/02/2011

Mari belajar menjahit tudung

TIDAK mempunyai asas menjahit tudung bukan bermakna anda tidak boleh meneroka bidang tersebut. Malah siapa tahu dengan menyertai bengkel menjahit tudung anjuran R&R Craft, anda boleh menjadi usahawan tudung.

Didorong keinginan untuk berkongsi kemahiran menjahit tudung, pemilik R&R Craft, Che Ku Rozinah Che Ku Abas, 37, mengorak langkah menganjurkan Bengkel Jahitan Tudung Lycra. Berbeza dengan bengkel pertama, Che Ku Rozinah menumpukan kepada tudung 'selapis' yang sememangnya menjadi perhatian wanita muslim yang mahu kelihatan bergaya dalam keadaan menutup aurat.

Menurutnya, ada di antara peserta bengkel pertama kini telah berjaya membuka perniagaan tudung menyebabkan beliau terdorong untuk menganjurkan siri bengkel seterusnya.

''Siapa sangka dengan yuran penyertaan yang rendah anda boleh meneroka perniagaan yang sememangnya menguntungkan,'' katanya.

Bengkel Jahitan Tudung Lycra itu akan diadakan pada 19 Februari ini bertempat di Kompleks Belia Kg. Pandan, Kuala Lumpur.

Tawaran kemahiran

Untuk memudahkan para peserta membuat pilihan, Che Ku Roziana menyediakan sesi pagi dan petang dengan setiap sesi berlangsung selama empat jam iaitu bermula pukul 8.30 pagi.

Mereka yang berminat tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan seperti pola tudung akan disediakan penganjur. Bengkel ini menawarkan teknik memotong kain, membuat awning dan menjahit tepi tudung. Teknik mencantumkan awning dan badan tudung juga akan diajar bagi menghasilkan rekaan tudung yang menarik dan sesuai digayakan sesiapa sahaja.

Dengan bayaran sebanyak RM100, peserta hanya perlu membawa gunting manakala keperluan lain termasuk 20 mesin jahit, tiga mesin jahit tepi, nota serta lima pembantu tenaga pengajar akan disediakan penganjur.

Para peserta akan dianugerahkan sijil penyertaan selain dijamu minuman pagi dan petang.

R&R Craft pernah mengadakan Bengkel Jahitan Tudung Sifon dua lapis sesi pertama di tiga negeri pada 11 dan 12 Disember lalu disertai seramai 100 peserta. Bengkel di Johor Bharu dan Kuantan masing-masing berjaya menarik 25 peserta.

''Maklum balas daripada 150 peserta bengkel jahitan tudung siri pertama itu menunjukkan 50 peratus daripada mereka sudah berjaya menerima tempahan tudung walaupun secara kecil-kecilan di rumah,'' kata Che Ku Roziana.

R&R Craft juga berpengalaman menganjurkan bengkel jahitan tudung dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Selangor.

Sejak 2001, R&R Craft aktif mengadakan bengkel kraf tangan, teknik hiasan hamper, hantaran perkahwinan, gubahan bunga dan aksesori gelang manik dengan kerjasama:

- Jabatan pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan & Putrajaya,

- Jabatan Pembangunan Wanita Selangor.

- Jabatan Kemajuan KEMAS Negeri Sembilan

- Jabatan Belia & Sukan Kuala Lumpur.

- Felda di peringkat Wilayah Segamat, Johor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.