saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/02/2011

Lagu terakhir Shamrin

Turut dimuatkan sebuah lagu terakhir nyanyian Allahyarham yang meninggal dunia pada 11 November tahun lalu berjudul Sesekali Rindu Datang.

Lagu yang berentak sentimental, pop dan slow rock itu ciptaan Nik Nizam dan liriknya tulisan Siti Zaleha M. Hashim. Lagu itu meneruskan kesinambungan lagu-lagu pop rock yang dibawakan Shamrin sejak era kemuncak popularitinya bersama Fotograf pada tahun 1990-an. Kebanyakan lagu dalam album ini berentak balada dan sedikit pop rock. Dua genre muzik itu cukup sesuai dengan gaya suara Allahyarham yang lantang dan sedikit serak-serak basah dalam alunan lagu-lagu nyanyiannya. Banyak lagu-lagu popular Fotograf seperti Luka Seribu Rindu, Ke Pintu Kasihmu dan Terlena Dalam Jaga yang dimuatkan dalam album ini. Tambah menarik apabila diselitkan sebuah lagu duet dengan Datuk Sharifah Aini bertajuk Di Alam Fana yang digubah semula dengan nafas lebih segar. Album ini harus dimiliki bukan sahaja kerana memuatkan lagu-lagu hit Fotograf tetapi gaya suara Shamrin yang tersendiri juga sukar lekang ditelan peredaran zaman.

Judul Album: The Best of Shamrin & Fotograf

Artis: Shamrin dan Fotograf

Konsep Muzik: Pop Rock

Terbitan: Warner Music Malaysia

KOMEN: Album kompilasi dengan dua cakera padat ini mengandungi 23 lagu popular Allahyarham Shamrin dan Fotograf.

Bintang: *****

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.