saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 07/02/2011

Hadiah reka kapal angkasa lumayan


Para pelajar menjalankan aktiviti 'aero-breaking' ketika lawatan STS-MC ke SMK Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor, baru-baru ini.


Space Tourism Society Malaysia Chapter (STS-MC) mengambil langkah proaktif 'turun padang' ke sekolah untuk mempromosikan Pertandingan Mereka Bentuk Kapal Angkasa Kebangsaan.

Penasihat Eksekutif Bahagian Korporat Awamnya, Amirul Safwan Ishaq berkata, inisiatif itu merupakan salah satu pendekatan untuk memperkenalkan pertandingan yang julung kali diadakan itu ke seluruh negara.

"Ini merupakan peluang terbaik kepada pelajar menunjukkan bakat dan kebolehan mereka dalam bidang reka cipta untuk menghasilkan rekaan yang boleh dijadikan panduan oleh pakar-pakar bidang sains angkasa di Eropah," katanya pada sesi taklimat mengenai pertanding itu di di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Sekolah itu menjadi lokasi pertama yang dipilih oleh STS-MC dalam usaha untuk memperkenalkan pertandingan anjuran bersama Utusan Malaysia ini ke seluruh negara.

Aktiviti lain yang diadakan adalah pertunjukan video mengenai kapal angkasa pelancongan dan aktiviti aero-breaking bagi membuka minda pelajar tentang keseronokan bidang sains angkasa.

Selain itu, jelas Amirul Safwan, pertandingan yang mendapat kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM) ini juga dapat menyuntik kesedaran dan pengetahuan tentang industri pelancongan angkasa seterusnya meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi.

Sebagai sebuah cawangan STS, STS-MC diberi peluang untuk mempamerkan produknya di Orbit Award 2011 sempena ulang tahun kesepuluh Dennis Tito melepasi orbit Bumi dan permulaan Industri Pelancongan Angkasa yang dianjurkan oleh STS di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) April ini.

Oleh yang demikian, STS-MC berhasrat untuk mempelbagaikan produk dan juga kreativiti dari negara ini agar dapat dipamerkan di Los Angeles kelak.

Saringan pertandingan yang telah bermula pada 3 Januari lalu akan tamat pada 15 April ini dan ia terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara.

Amirul memberitahu, sebanyak 10 buah sekolah akan dipilih untuk menyertai aktiviti reka bentuk kapal terbang angkasa pelancongan suborbital Malaysia.

"Mereka akan menghasilkan ilustrasi-ilustrasi kapal terbang angkasa dua dimensi (2D) dalam tiga peringkat yang menunjukkan pandangan hadapan, sisi dan atas subjek berkenaan.

"Daripada jumlah itu, hanya lima penyertaan akan dipilih oleh wakil ibu pejabat STS semasa majlis Penganugerahan Orbit di Los Angeles pada 28 dan 29 April akan datang.

"Bagi saringan akhir pula, satu pemenang akan dipilih daripada lima model itu semasa Persidangan Agensi Angkasa Eropah di Paris, Perancis pada 17 hingga 19 Oktober 2011," jelas beliau.

Katanya lagi, pemenang utama pertandingan peringkat kebangsaan ini akan berpeluang menghadiri Kem Angkasa di Eropah bernilai RM150,000.

Menurut kenyataan dalam Utusan Malaysia, pengumuman pemenang akan dimaklumkan pada Mei hadapan dan tarikh tutup bagi pertandingan ini adalah pada 30 Mac 2011.

Borang penyertaan pula boleh didapati di akhbar Utusan Malaysia pada setiap Isnin di ruangan mySekolah dan Khamis di dalam sisipan ADaP.

Sementara itu, Pengetua sekolah, Abdul Hakim Kassim berharap, melalui taklimat dan pertandingan itu akan membantu menambah minat pelajar untuk menceburi bidang reka cipta dan ia tidak terhad untuk pelajar sains sahaja.

"Buktikan kemampuan dan kreativiti diri untuk merebut peluang keemasan seperti ini," ujarnya.

Tambahnya lagi, para pelajar seharusnya berani meneroka sesuatu yang baru agar ada kelainan dalam diri kita serta akan dipandang hebat oleh orang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.