saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 07/02/2011

Bekalan bawang merah pulih Mac ini

KUCHING 6 Feb. - Masalah kekurangan bekalan bawang merah yang melanda negeri ini sejak akhir tahun lalu, dijangka berlarutan sehingga Mac nanti.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan situasi semasa, seperti keadaan cuaca di negara pengeluar utamanya iaitu India.

Ketika ini, jelasnya, kawasan penanaman bawang di India dilanda banjir sehingga menenggelamkan kebanyakan ladang, sekali gus mengakibatkan pengeluaran bawang merah di negara itu terjejas.

"Krisis bekalan bawang merah India kerap berlaku setiap hujung tahun.

"Selalunya, keadaan kembali pulih pada penghujung Februari, tetapi kali ini kemungkinan besar cuaca buruk di India akan berlarutan sehingga Mac ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai bekalan bawang merah yang diimport dari India semakin berkurangan dan sukar diperoleh di negeri ini sejak Disember 2010.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, menerusi tinjauan baru-baru ini, pihaknya mendapati bekalan bawang merah yang diimport dari negara tersebut sebenarnya masih boleh didapati di pasaran.

"Bekalan ada tetapi agak terhad kerana kebanyakan bawang telah rosak akibat ditenggelami banjir.

"Dalam satu guni, beberapa kilogram daripadanya sudah busuk dan ini sangat merugikan kita," katanya,

Tambah beliau, memandangkan sekarang adalah musim perayaan, permintaan terhadap bawang merah India sangat tinggi.

"Bawang jenis ini lebih digemari masyarakat tempatan kerana rasanya dikatakan lebih sedap dan baunya lebih wangi berbanding bawang yang diimport dari negara lain.

"Memandangkan bekalannya semakin berkurangan, harga bawang merah India sekarang melonjak sekitar RM17 hingga RM18 sekilogram bergantung kepada lokasi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.