saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 08/02/2011

Ketam nipah semakin digemari


Sharizal Muhamad (kanan) menggredkan ketam nipah liar mengikut saiz sebelum dijual kepada pelanggan yang berkunjung di gerainya di Lagun Kuala Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. -utusan/Torek Sulong


PASIR PUTEH 7 Feb. - Ketam nipah adalah hidupan yang membiak subur di kawasan paya bakau dan rumbia.

Haiwan ini memiliki nilai komersial kerana keenakan daging dan telurnya yang mempunyai kandungan kalsium tinggi.

Malah, keenakan dagingnya yang lembut dan manis dihidang dengan resipi tertentu di hotel terkemuka, turut menyebabkan nilai pasarannya semakin meningkat berbanding hanya RM5 bagi setiap sekilogram kira-kira 10 tahun lalu.

Harga ketam nipah liar yang ditangkap menggunakan perangkap di dasar sungai berlumpur adalah lebih mahal berbanding ketam nipah ternak menggunakan palong, akuarium fiber atau kolam sangkar.

Lantaran permintaan yang semakin tinggi, ketam nipah yang dikenali dengan nama saintifiknya Scylla serrata kini diternak secara komersial kerana nilai pasarannya yang boleh mencecah sehingga RM28 sekilogram.

Seorang penternak ketam nipah di Semerak, dekat sini, Mohamed Abdullah, 30, berkata, ketam nipah berkulit keras yang dipelihara dalam akuarium fiber hanya boleh dijual selepas 60 hari.

Beliau berkata, setiap satu set sistem ternakan akuarium fiber hanya boleh menghasilkan kira-kira 93 peratus atau 112 ekor ketam nipah dewasa.

"Sementara bagi ketam nipah berkulit lembut pula, ia boleh dipasarkan dalam jangka masa 30 hari selepas benihnya dimasukkan ke dalam set sistem akuarium," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamed, harga jualan ketam nipah bergantung kepada pasaran semasa iaitu sekitar RM28 sekilogram bagi berkulit keras, mengikut gred dan saiznya yang secara purata 500 gram seekor.

"Ketam nipah berkulit lembut pula dijual RM17 sekilogram dengan purata berat seekor ketam mencapai 210 gram. Harga ini tidak dapat dikurangkan kerana penternak terpaksa menanggung kos makanan iaitu 'ikan baja' yang dibeli dengan harga mahal sekarang," katanya.

Jelas Mohamed, secara purata, 120 ekor ketam nipah berkulit keras berusia sebulan memerlukan kira-kira 52 kilogram ikan baja, sementara ketam nipah berkulit lembut pula memerlukan 96.43 kilogram ikan berkenaan.

"Kos bagi benih ketam nipah pula adalah sekitar RM7 sekilogram," katanya.

Beliau berkata, tidak ramai nelayan yang mampu menternak ketam nipah secara komersial kerana ia memerlukan modal dan kos pengurusan yang tinggi, misalnya harga satu set akuarium fiber sudah mencecah RM6,000, tidak termasuk harga benih dan makanan.

Sementara itu, peniaga ketam nipah liar di Lagun Kuala Semerak, Sharizal Muhamad, 30, berkata, dia menjalankan perniagaan tersebut dengan mendapatkan bekalan daripada penangkap ketam nipah yang masih menggunakan kaedah tradisional mencari haiwan tersebut sekitar paya bakau berhampiran.

Menurutnya, setakat ini, dia mendapat bekalan ketam nipah daripada 10 pembekal berikutan permintaan yang semakin meningkat terutama di kalangan masyarakat Cina tempatan.

"Walaupun Lagun Kuala Semerak dikenali sebagai 'Lagun Maut', khazanahnya masih banyak, bukan sahaja ketam nipah liar tetapi kerang laut, lokan dan sebagainya menggamit pengunjung dari luar untuk datang ke situ pada setiap hujung minggu.

"Sementelah, kedudukan gerai saya di tepi pantai jalan Dalam Rhu ke Tok Bali, memudahkan pengunjung untuk singgah mendapatkan ketam nipah liar," katanya.

Sharizal berkata, ketam nipah yang dijual di gerainya turut ditempah oleh keluarga pesakit demam denggi kerana mereka percaya daging ketam tersebut mampu merawat penyakit bawaan nyamuk aedes itu, selain rawatan moden.

Beliau berkata, ketam nipah dijual mengikut saiz dan usianya iaitu antara RM22 dan RM28 sekilogram.

"Dalam tempoh sehari, sebanyak 200 ekor ketam boleh dijual kepada pembeli, namun, ia bergantung kepada bekalan daripada pencari ketam tempatan," jelasnya.

Peniaga kedai makan di pekan Cherang Ruku, Che Mohd. Aleymy Che Leh, 40, pula berkata, ketam nipah yang menjadi 'gimik' bagi perniagaan mi segera yang diusahakannya sejak 2004, semakin mendapat perhatian pelanggan dari Kelantan dan Terengganu.

"Semangkuk mi segera yang dimasak bersama dua ekor ketam dijual pada harga antara RM10 hingga RM15. Harga bergantung kepada saiz ketam sebelum dimasak," katanya.

Che Mohd. Aleymy berkata, perniagaan kedai makannya hanya dibuka pada waktu malam dan lazimnya dia akan memasak 20 kilogram ketam bersama mi segera sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Tetapi pada hujung minggu dan hari cuti umum atau musim perayaan, permintaan akan meningkat dan ada ketikanya mencecah 60 kilogram ketam," katanya.

Menurutnya, dia mendapatkan bekalan ketam nipah tersebut sekitar Sungai Semerak, tetapi disebabkan permintaan yang semakin meningkat bekalan sering tidak cukup sehingga memaksanya mencari sehingga ke Terengganu, Kedah dan Perak.

Che Mohd. Aleymy berkata, pelanggan yang ingin mencuba hidangan istimewa ketam nipah dan mi segera di kedai makannya boleh membuat tempahan menerusi blog Aleymymaggiketam.blogsport.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.