saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/02/2011

Michael Ang milik eksklusif Astro?


MICHAEL ANG


KEKERAPAN drama terbitan dan arahannya yang ditayangkan di saluran Astro membuatkan ramai tertanya adakah Michael Ang sebenarnya hak milik eksklusif stesen berbayar terulung negara itu.

Tambahan pula hampir setiap drama yang ditayangkan itu mencatatkan rating yang cukup membanggakan sehinggakan Astro tidak pernah henti menawarkan peluang buat Michael?

Adakah faktor itu juga menyebabkan Michael semakin selesa dengan kedudukannya kini dan enggan bekerjasama dengan stesen televisyen lain di negara ini?

Bertemu dengan Michael yang pernah menerbitkan filem Anak lakonan Erra Fazira dan Ida Nerina sekitar tiga tahun lalu itu, dia hanya sekadar mengukir senyuman sahaja.

Tidak melenting jauh sekali hendak melatah dengan pertanyaan itu, Michael memberitahu dia mempunyai alasannya sendiri mengapa dia terus setia menerbitkan drama untuk Astro.

“Kalau saya bekerja dan berasa selesa dengan apa yang telah saya lakukan, mengapa tidak saya meneruskannya sahaja. Tidak salah rasanya untuk saya berbuat demikian.

“Astro banyak memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkarya tanpa menyekat kebebasan yang ingin saya mahukan dalam setiap drama terbitan dan arahan saya.

“Mereka juga banyak menyumbang idea dan kami boleh bertolak-ansur dalam apa jua senario sekali pun. Namun pun begitu, tidak semua idea mahupun kertas kerja saya diterima bulat-bulat oleh mereka.

“Pernah juga cadangan saya ditolak oleh mereka tetapi daripada situ saya belajar, apa yang dimahukan oleh mereka sebagai penyiar dan digabungkan dengan idea saya sebagai pengkarya. Nampaknya, ia telah membuahkan hasil yang memberangsangkan,” ujarnya dalam nada bersungguh.

Michael ditemui pada sesi ramah mesra bersama barisan pelakon drama terbaru arahannya, Ungunya Cinta yang diadakan di The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tiga pelakon utama drama tersebut iaitu Sharnaaz Ahmad, Leez Rosli dan Didie Alias turut hadir pada majlis yang berlangsung dalam suasana yang cukup santai itu.

Menerusi syarikatnya, Cube Film Sdn. Bhd. telah menerbitkan beberapa drama yang telah menarik perhatian penonton Astro antaranya Pontianak Kampung Batu, Kum Kum, Wasiat Anak Dara, Ibuku Mee Segera, Cinta Lelong dan Tangisan Langsuir.

Dalam masa yang sama, Michael tidak menolak untuk bekerjasama dengan mana-mana stesen televisyen di negara ini tetapi haruslah mampu bertoleransi dan bertolak-ansur dengan kehendaknya sebagai seorang karyawan.

Bukan itu sahaja, dia juga sedar bahawa ada segelintir pihak yang mempertikaikan tindakannya yang gemar menggunakan khidmat pelakon yang sama untuk setiap dramanya.

“Seperti mana yang saya katakan tadi, kalau saya selesa dan gembira, maka, pelakon itulah yang akan saya ambil untuk setiap drama saya. Perkara pokok di sini adalah disiplin para pelakon yang amat saya titik beratkan.

“Kalau diperhatikan juga, walaupun saya kerap mengambil pelakon yang sama, tetapi watak dan karakter mereka adalah berbeza. Di situlah terletaknya cabaran bukan hanya untuk saya tetapi juga kepada pelakon itu sendiri.

“Sharifah Shahora misalnya, membawakan watak serius dalam drama Kum Kum dan dia sendiri mengakui watak itu memang mencabar dirinya. Jadi, kepuasan itu bukan hanya kepada saya tetapi untuk pelakon itu sendiri,” kata Michael lagi yang akan kembali ke lokasi penggambaran drama bersiri Kum Kum tidak lama lagi.

Selain mementingkan jalan cerita dan skrip yang berkualiti untuk setiap dramanya, Michael juga tidak meminggirkan aspek teknikal untuk memberikan pembaharuan kepada penonton.

Bagi mereka yang pernah menonton drama-dramanya, pasti akan mengakui kelainan menerusi sentuhan untuk setiap drama terbitannya.

“Setiap drama yang saya hasilkan adalah bentuk filem bagi memastikan penonton akan mendapat kepuasan yang optimum ketika menontonnya,” ujarnya yang turut menggunakan khidmat Amor Rizan sebagai salah seorang pengarah untuk drama terbitan Cube Film.

Selepas selesa dengan genre seram dan komedi, Michael mahu mengorak setapak langkah lagi apabila menerbitkan pula Ungunya Cinta yang merupakan sebuah drama cinta.

Bukan kisah cinta yang tipikal, Michael mahu mengelakkan karyanya kelihatan seperti sebuah drama cinta yang sudah biasa ditonton sebelum ini.

“Ungunya Cinta tidak hanya memaparkan kasih sayang yang terbina antara dua insan tetapi juga menceritakan tentang isu kekeluargaan yang menjadikan kehidupan seorang pemuda berubah secara total.

“Selain itu, biarpun ia sebuah drama cinta, namun, unsur humor tetap ada menerusi lakonan Sharifah Shahirah dan Didie,” ujar Michael yang memberitahu akan mengarahkan filem pertamanya, Darah Daging lakonan Erra Fazira dan Scha Alyahya tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.