saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 10/02/2011

20 pelajar OKU dapat pendedahan menerusi program akuakultur

KLANG 9 Feb. - Seramai 20 pelajar orang kurang upaya (OKU) diberi pendedahan mengenai program akuakultur di kolam ternakan dan pembenihan FMS Agrotech di Batu 12 1/2, Jalan Sungai Gelama Kampung Tok Muda, Kapar di sini baru- baru ini.

Program dengan kerjasama Jabatan Perikanan Selangor, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Tok Muda itu melibatkan pelajar-pelajar OKU daripada Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Klang Utara.

Pengurus Pemasaran FMS Agrotech, Mohd. Helmy Che' Raus berkata, program sehari itu adalah adalah yang pertama dianjurkan di Selangor.

Beliau berkata, objektif program ini adalah memberi peluang kepada pelajar-pelajar OKU terlibat menceburi bidang akuakultur dan menjadikan bidang akuaultur ini sebagai sumber pendapatan bagi mereka.

Malah, katanya, pelajar-pelajar OKU PDK Klang Utara ini adalah perintis yang pertama untuk projek Ternakan Ikan Air Tawar bagi PDK.

"Program ini juga dapat memberitahu pada masyarakat bahawa mereka (pelajar OKU) juga mampu melakukan sesuatu kerja, seperti orang normal," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Program tersebut telah di rasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Menurut Mohd. Helmy, FMS Agrotech telah menjadikan pelajar-pelajar OKU PDK Klang Utara sebagai anak angkat dan akan memberi tunjuk ajar dan latihan yang secukupnya kepada mereka sehingga berjaya dan boleh menjadi contoh pada OKU yang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.