saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/02/2011

Pemuda UMNO Perak tidak minat berdebat

IPOH 9 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO negeri menyifatkan pelawaan Dewan Pemuda Pas untuk berdebat berhubung isu ancak dianggap sebagai cabaran yang bersifat kebudak-budakan serta membuang masa.

Ketuanya, Khairul Azwan Harun yang tidak memahami kerenah Pemuda Pas itu berkata, pihaknya tidak akan sesekali melayan kehendak tersebut kerana menganggap ia telah selesai berikutan semuanya telah diperjelaskan.

“Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri telah membaca makna ancak dan kita juga mempunyai bukti apa yang berlaku semasa kejadian tersebut. Ia sama sekali tidak sama dengan maksud sebenar ancak.

“Jadi jika mahu berdebat, saya cabar mereka berhujah sahaja dengan Mohammad Nizar,” katanya pada sidang akhbar selepas mengunjungi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di kediamannya semalam.

Hari ini, Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berharap, Khairul Azwan dapat menerima pelawaan debat tersebut dan tidak menutup pintu perbincangan sekiranya benar-benar ikhlas menyelesaikan ‘masalah’ umat Islam tersebut.

Malah katanya, Pemuda Pas negeri sedia mencadangkan mana-mana pihak sebagai orang tengah serta menjemput Mohammad Nizar dan Zambry sekiranya perdebatan tersebut menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Khairul Azwan berkata, Pemuda UMNO negeri mempunyai agenda yang lebih besar dalam usaha pembangunan negara serta pembelaan nasib rakyat.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan sesekali menjadi ‘badut politik’ semata-mata memberi peluang untuk ditertawakan oleh mana-mana pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.