saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 18/02/2011

Belia digalak tubuh persatuan di setiap daerah


Japlin Akim (duduk empat dari kiri) bersama ahli jawatankuasa penaja Persatuan Belia Kampung Pirasan di Kota Belud, kelmarin.


KOTA BELUD 17 Feb. - Kerajaan sentiasa memberi galakan kepada golongan belia di negeri ini untuk menubuhkan persatuan belia di kawasan masing-masing.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim berkata, kerajaan melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri bukan sahaja turut membantu memperkasakan pertubuhan belia yang sedia ada, namun berusaha menarik lebih ramai generasi muda supaya aktif berpersatuan.

"Kerajaan akan sentiasa memberikan galakan, termasuk memberi bantuan kepada belia yang berminat menubuhkan persatuan belia.

"Ia merupakan langkah terbaik memperkasakan golongan tersebut sebagai aset dan meneruskan proses kesinambungan pembangunan negara pada masa akan datang," katanya di sini semalam.

Japlin berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat penaja Persatuan Belia Kampung Pirasan, dekat sini.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud, Mohd. Mustazar Bundah.

Sambil mengucapkan tahniah atas inisiatif penubuhan persatuan belia di kampung tersebut, Japlin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan berkata, penubuhan persatuan tersebut penting dalam membanteras masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang.

Selain itu, katanya, ia membolehkan peruntukan daripada kerajaan dan pihak swasta dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasar bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Menurutnya, terdapat banyak persatuan belia di negeri ini yang boleh dijadikan model kepada para pemimpin belia dalam mencapai keberkesanan kepimpinan, agar setiap persatuan yang ditubuhkan mempunyai hala tuju yang jelas.

"Kita berharap penubuhan persatuan ini tidak hanya pada nama sahaja, tetapi pelbagai program kemasyarakatan dapat dilaksanakan, demi memberi faedah kepada semua pihak," katanya.

Tambah Japlin, program pembangunan belia perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya, termasuk melibatkan aspek seperti pendidikan, ekonomi, sukan, sosial dan agama.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membolehkan ahli persatuan lebih dekat dengan masyarakat setempat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.