saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 18/02/2011

Utusan dan JPN Perak anjur pertandingan tulisan jawi


Sebahagian peserta pertandingan tulisan jawi anjuran Utusan Melayu Mingguan di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, semalam.


IPOH 17 Feb. - Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak dengan kerjasama Utusan Melayu Mingguan menganjurkan pertandingan tulisan jawi yang disertai sembilan buah sekolah di sekitar bandar raya ini.

Pertandingan yang bertujuan memberi pendedahan mengenai sistem ejaan jawi yang diguna pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu disertai oleh 36 pelajar sekolah menengah.

Malah, kesemua peserta tersebut berpeluang mendengar taklimat sistem ejaan jawi oleh Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam dan Budaya, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak, Salehuddin Arshad yang juga merupakan juri pertandingan tersebut.

Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Muhammad Faiz Solihin Sulaiman berkata, penganjuran pertandingan dan taklimat tersebut banyak membantunya untuk menguasai tulisan jawi secara lebih berkesan.

Menurutnya, dia banyak didedahkan dengan penggunaan imbuhan serta cara mengeja jawi menggunakan suku kata yang betul.

"Pembacaan tulisan jawi memerlukan pemahaman penggunaan bunyi supaya ia dapat diterjemahkan dengan tepat.

"Kesalahan mengeja boleh membawa maksud perkataan yang berlainan sekiranya tidak memahami cara membaca jawi dengan betul," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, seorang pelajar tingkatan tiga dari sekolah sama, Muhammad Faris Hisham pula berpendapat, tulisan jawi sebenarnya bukannya terlalu sukar untuk dipelajari.

Dia berkata, menerusi taklimat yang diberikan, ia sedikit sebanyak membantunya untuk bersedia menjawab 'Bahagian A' dalam kertas peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) nanti.

"Saya sebenarnya meminati seni khat jawi kerana ia merupakan satu seni kaligrafi Islam yang indah," katanya.

Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Nur Affiera Alia Asma Ahmad Sabri pula berkata, penganjuran aktiviti tersebut memberi kefahaman baru kepadanya untuk menterjemah perkataan asal daripada bahasa Inggeris kepada tulisan jawi.

Sementara itu, Salehuddin berkata, terdapat sembilan buah sekolah yang mengambil bahagian pada pertandingan kali ini.

Beliau berkata, sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Raja Permaisuri Bainun, STAR, SMK Gunung Rapat, SMK Jati, SMK Raja Perempuan Ipoh, SMK Raja Chulan, SMK Anderson, Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah dan Sekolah Izzudin Shah.

Menurut beliau, pertandingan tersebut merupakan kesinambungan kepada tajaan Utusan Melayu Mingguan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kepada 100 sekolah di seluruh negeri ini.

Sehubungan itu, sebuah majlis penyampaian sumbangan tajaan tersebut akan diadakan di SMK Raja Permaisuri Bainun esok dan bakal dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan serta Pengarah Pelajaran Perak, Mohd. Rauhi Mohd. Isa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.