saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/02/2011

Hormati perbezaan kepercayaan dan beragama


Masyarakat etnik yang terdiri daripada pelbagai kaum di Sarawak, merupakan antara peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 1432 Hijrah di Kuching, Sarawak baru-baru ini. - Gambar Hiasan


RAKYAT Malaysia sepatutnya lebih memahami suasana dan corak hidup masyarakat berbilang kaum dan agama dalam negara ini. Masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini mampu mengekalkan keamanan berpuluh tahun lamanya hasil daripada usaha kerajaan dan kefahaman masyarakat mengenai konsep kehidupan masyarakat majmuk.

Kepincangan dan kekeruhan yang wujud dalam masyarakat sehingga mempersoalkan hak-hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan kepada umat Islam mungkin disebabkan sikap segelintir golongan masyarakat yang ingin meroboh benteng perpaduan negara.

Apabila kekuatan dan ketulenan ajaran Islam menjadi amalan masyarakat Islam dan perpaduan kaum begitu kental maka usaha untuk melemahkan ajaran Islam dan keharmonian negara akan gagal.

Masyarakat Malaysia dilatih dan diasuh mengenai keindahan kehidupan bersama masyarakat pelbagai kaum dan agama tanpa sebarang kompromi dalam aspek akidah dan amalan beragama (ritual). Mereka mampu mengekalkan keamanan walaupun tinggal di kawasan berjauhan dengan bandar.

Pergaduhan berunsurkan keagamaan bukan lumrah kehidupan masyarakat beragama dalam negara ini. Konteks kehidupan masyarakat dalam negara ini tidak boleh disamakan dengan masyarakat negara lain. Jika Islam merupakan agama rasmi negara maka kenapa terdapat golongan tertentu dalam negara ini masih mempersoalkan perkara ini.

Di bawah naungan Perlembagaan Persekutuan yang memperakui kebebasan beragama, maka setiap warga negara ini sepatutnya mengendalikan urusan keagamaan masing-masing dan bukannya menunjukkan sikap ingin mengintegrasikan kepercayaan serta kebudayaan mereka ke dalam agama lain.

Ahli-ahli teologi yang memahami erti ketulenan agama tidak akan berkompromi dengan agama lain dalam aspek akidah dan ritual (amalan agama). Mereka memperakui kebaikan dan menghormati kepercayaan dan kebudayaan agama lain tetapi tidak akan mencampur-aduk intisari pengajaran agama mereka dengan agama lain.

Usaha ke arah mengintegrasikan pelbagai intisari pengajaran agama ke dalam agama Islam dengan pelbagai perancangan dan aktiviti tidak mungkin dapat diwujudkan dalam negara ini kerana masyarakat Islam masih mengekalkan ketulenan ajaran Islam.

Apabila masyarakat Islam mengamalkan pengajaran Islam secara ikhlas dan memahami bahawa ajaran Islam adalah agama Allah, maka mereka tidak berminat untuk mereformasikan agama mereka. Tugas ahli- ahli teologi Islam masa kini ialah mereformasikan pemikiran dan sikap masyarakat Islam daripada pemikiran fanatik kepada pemikiran universal dan pemikiran sekular kepada pemikiran tauhid dan keagamaan.

Mereka tidak berminat untuk mengintegrasikan intisari agama Islam ke dalam agama lain kerana ia boleh membangkitkan kemarahan ahli-ahli teologi agama lain. Islam juga mengharamkan umatnya mencampuri urusan hal ehwal kepercayaan agama lain.

Perkara ini merupakan prinsip kehidupan masyarakat Islam yang perlu difahami masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini.

Berdasarkan prinsip kehidupan beragama ini, maka masyarakat bukan Islam bebas melaksanakan tugas keagamaan mereka. Rumah-rumah ibadah pelbagai agama tersergam di merata tempat dalam negara walaupun perlembagaan menyatakan agama Islam adalah agama rasmi.

Konsep kehidupan masyarakat majmuk yang berslogankan 'umat satu Malaysia' merupakan satu bentuk tamadun yang akan dibina di negara ini. Ia merangkumi aspek hormat menghormati dan bekerjasama dalam hal ehwal kemasyarakatan dan kenegaraan. Perkongsian kuasa pelbagai kaum dan keseimbangan pengagihan kekayaan negara kepada rakyat sepatutnya dijadikan simbol keamanan.

Individu yang hidup dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia sepatutnya berusaha mengekalkan perpaduan kaum bukan menunjukkan sikap negatif terhadap kepercayaan dan budaya orang beragama. Realiti yang wujud ialah apabila membicarakan urusan keagamaan, maka masing-masing cuba untuk mengintegrasikan akidah dan budaya mereka kepada masyarakat agama lain sehingga ke tahap mencemarkan ketulenan agama tertentu. Perbicaraan begini tidak akan dapat menghasilkan resolusi positif.

Ahli-ahli teologi yang berwibawa tidak akan mengintegrasikan agama mereka ke dalam agama lain. Mereka akan menghormati kepercayaan dan budaya agama lain.

Justeru, apabila ahli-ahli teologi bertemu dan berdialog, mereka lebih gemar membicarakan perkara berkaitan dengan persamaan dan perbezaan di antara mereka, bukan mengintegrasikan agama mereka ke dalam agama lain sehingga menimbulkan kekecohan dan pertengkaran akibat terlalu terpengaruh dengan pemikiran politik dan agenda tertentu.

Konsep '1Malaysia 1Ummah' jika direalisasikan dan dijadikan prinsip kehidupan masyarakat majmuk negara ini, maka ia mampu mengekalkan keamanan.

Usah bangkitkan isu-isu keagamaan atau merangka pelbagai agenda yang sensitif bagi mengeruhkan keadaan kerana ia boleh menggugat kestabilan politik. Dialog keagamaan jika tidak berlandaskan etika dialog dan kepakaran dalam hal ehwal ilmu teologi boleh menyebabkan dialog agama gagal dan menimbulkan kesan negatif serta prejudis.

DR. SAODAH ABD RAHMAN

Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.