saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 19/02/2011

Bionas rancang tingkat penguasaan bahan bakar bio

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Bionas Agropolitan Technology Corridor Development Bhd. (Bionas) merancang meningkatkan penguasaan bahan bakar bio di pasaran dunia menjelang 2020 menerusi penghasilannya daripada biji buah pokok jarak.

Sasaran itu mampu dicapai jika syarikat menerima kerjasama kesemua pengeluar minyak ternama di peringkat global untuk memasarkan produk Bionas di stesen minyak masing-masing.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Mohd. Shafi‘e M. Jaffri berkata, hasrat itu mampu dicapai memandangkan Bionas memiliki teknologi sendiri yang berupaya mengekstrak biji buah jarak untuk menghasilkan minyak pada kos yang rendah.

“Kami akan ke Nairobi, Kenya pada awal minggu hadapan untuk membentangkan kertas kerja mengenai produk keluaran Bionas kepada kesemua negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya di sini hari ini.

Biji pokok jarak atau nama saintifik, Jatropha Curcasboleh, boleh diekstrak menjadi bahan bakar dengan menggunakan teknologi Nano-Emulsion dan Polarasi.

Bionas itu kini mempunyai ladang pokok jarak seluas 600,000 ekar (240,000 hektar) yang mana hampir keseluruhannya terletak di Sarawak dan Sabah.

Bionas turut mempunyai ladang di Indonesia, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

Para petani yang akan menjalankan penanaman tersebut dipilih daripada golongan miskin tetapi memiliki tanah persendirian. Mereka diberikan biji benih untuk ditanam di atas tanah seluas 10 ekar (empat hektar) dengan penghasilan tiga tan biji buah pokok Jarak setiap bulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.