saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/02/2011

Saintis cipta lengan robot


Todd Kuiken (kiri) menunjukkan bagaimana lengan bionik yang dipakai Glen Lehman (kanan) seorang sarjan tentera bersara daripada Pasukan Tentera Amerika Syarikat yang menjalani pembedahan TMR selepas kehilangan tangannya semasa bertugas di Iraq semasa taklimat dan simposium di Washington, DC, kelmarin. - AFP


WASHINGTON 18 Feb. - Lengan palsu bionik yang dikawal dengan minda pemakainya dan terasa seperti anggota asal yang hilang dipamerkan pada satu persidangan sains terkemuka di Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lebih 50 orang kudung anggota badan dari seluruh dunia, kebanyakannya veteran tentera yang kudung akibat pertempuran, menerima prostetik sedemikian sejak ia mula dihasilkan oleh Dr. Todd Kuiken (gambar kecil) dari AS pada 2002.

Lengan tersebut menggunakan teknologi dikenali sebagai Targeted Muscle Reinvervation (TMR) yang berfungsi menyalurkan semula isyarat otak daripada saraf yang terputus akibat kecederaan kepada otot yang masih berfungsi dan tidak terjejas.

"Apa yang kami lakukan ialah menggunakan saraf yang masih tinggal dan otot menjadi penguat biologi," kata Kuiken.

Seorang sarjan tentera AS yang putus lengannya semasa bertugas di Iraq, Glen Lehman mempamerkan teknologi terbaru itu pada persidangan tahunan Persatuan Amerika bagi Kemajuan Sains di Washington.

"Terasa sangat selesa dan intuitif. Lengan ini jauh lebih baik daripada lengan prostetik yang saya pakai sekarang," kata Lehman yang terkena letupan bom tangan di Baghdad pada 2008, menyebabkan lengan dan sikunya hancur.

Lehman menunjukkan bagaimana dia boleh merapatkan jari dan ibu jarinya, mengangkat lengannya dan membengkokkan sikunya, serta memutarkan pergelangan tangannya hanya dengan memikirkan perbuatan tersebut.

Kuiken berkata, kemajuan lanjut seperti kebolehan untuk memindahkan deria rasa pada anggota sedang dikaji di makmal tetapi belum dapat dimanfaatkan oleh pesakit.

Kelemahan lain termasuk pesakit belum dapat merasai kekuatan genggaman tangan prostetik berkuasa bateri itu, tetapi Kuiken berkata, saintis sedang mencari jalan untuk meningkatkan teknologi itu dengan menambah bilangan sensor. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.