saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 19/02/2011

Jelajah seluruh Eropah dengan motorhome

PELUANG mengembara ke seluruh Eropah semestinya menjadi impian kita semua. Apatah lagi jika percutian dapat dilakukan dengan selesa tanpa kerisauan tempat penginapan, pengangkutan dan soal keselamatan.

Bagi yang sudah lama memasang cita-cita tetapi masih belum berkeyakinan untuk melangkah bersendirian, tahun ini mungkin masa yang baik untuk anda memulakan jelajah ke Eropah.

Lupakan perancangan rapi sebagai seorang backpackers kerana percutian ke destinasi-destinasi utama di Eropah kini boleh dilakukan lebih mudah dengan percutian menaiki motorhome. Percutian di dalam kenderaan rekreasi (RV) yang popular di negara-negara Barat itu kini diperkenalkan buat pertama kali di negara ini.

Syarikat pelancongan bumiputera, Narsqo Holidays Sdn. Bhd. dengan kerjasama syarikat Lite and Easy Vacation menawarkan peluang jelajah ke tujuh buah negara di Eropah bermula dari Jerman, Switzerland, Itali, Perancis, United Kingdom, Belgium dan Belanda.

Pengurus Projet Eurovac 2011, Muhammad Ikhmal Norizan berkata, percutian selama 11 hari menaiki motorhome menjanjikan pengalaman baru yang wajar dicuba terutama mereka yang ingin melihat keseluruhan Eropah dalam masa yang singkat.

Menurut beliau, pakej yang ditawarkan itu bukan sahaja memberi jaminan keselesaan malah dapat menjimatkan kos yang biasa dihabiskan untuk bayaran pengangkutan dari satu destinasi ke destinasi.

Selain itu katanya, peserta juga tidak perlu memikirkan soal jadual dan aturcara kerana segala urusan untuk tiba dan masuk ke destinasi diuruskan oleh penganjur.

“Setiap kenderaan dilengkapi bilik tidur, bilik mandi, dapur, tempat penyimpanan barang dan ruang rehat itu. Ia juga lengkap dengan kemudahan elektrik sepanjang masa.

“Kita juga akan cuba menyediakan bahan mentah yang segar supaya peserta tidak perlu mencari makanan luar dari kabin,” katanya.

Menurut Muhammad Ikhmal, untuk trip pertama yang akan berlepas pada 25 April ini, pihaknya mengehadkan penyertaan kepada 30 orang.

“Seramai lima peserta akan ditempatkan di dalam sebuah motorhome. Peserta yang mendaftar secara berkumpulan boleh memilih untuk menginap di dalam kenderaan yang sama,” katanya.

Percutian yang akan bermula dari Frankfurt, Jerman itu melibatkan keseluruhan jarak kira-kira 2,000 kilometer (km) dengan pemanduan tidak melebihi 300 km setiap hari.

Antara lokasi persinggahan sepanjang percutian itu termasuk Menara Eiffel, Bandar Paris, Arc de Triomphe, Disneyland Paris, Selat Inggeris, Kota London, Jambatan London, Stadiumr Emirates dan Amsterdam.

Ikhmal yang berpengalaman lebih lima tahun di Eropah berkata, pengalaman melancong melalui darat (overland) menjanjikan pengalaman yang berbeza kerana peluang menyaksikan perbezaan dari sebuah negara ke negara lain.

Fokus utama adalah destinasi-destinasi popular yang menjadi tumpuan pelancong di bandar-bandar utama setiap negara yang dilalui.

“Bergerak secara berkumpulan dengan kenderaan sendiri memberikan kita lebih kebebasan untuk ke mana-mana sahaja. Namun ia harus dilakukan secara berkumpulan menepati syarat penganjur,” jelasnya.

Dengan segala kemudahan yang bergerak bersama sepanjang masa, peserta juga berpeluang untuk menikmati pengalaman bermalam di tapak perkhemahan dan rekreasi.

“Laluan di Switzerland misalnya menyajikan pengalaman perkhemahan yang cukup menarik dengan pemandangan kawasan pergunungan yang menakjubkan.

“Untuk memeriahkan lagi suasana di setiap persinggahan, kami akan mengatur aktiviti melibatkan semua peserta,” ujarnya.

Melancong bersama selebriti

Selain melancong dengan selesa, peserta juga berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti tempatan yang akan menyertai setiap daripada siri jelajah.

Pengembaraan yang akan bermula pada 25 April hingga 5 Mei 2011 itu kini ditawarkan pada harga RM13,500 termasuk tiket penerbangan, tambang feri menyeberangi Selat Inggeris, tambang masuk ke Disneyland dan banyak lagi tempat menarik.

Maklumat lanjut mengenai trip boleh diperolehi daripada wakil Eurovac 2011 (Facebook) iaitu Ikhmal (012-3199124) dan Fairus (019-2727432) atau e-mel kepada eurovac2011@gmail.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.