saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 19/02/2011

SMA Toh Puan Hajjah Rahmah dapat bangunan baru


Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang murid pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2010 diKampung Pengalat Besar, Papar, Sabah, kelmarin.


PAPAR 18 Feb. - Sekolah Menengah Agama (SMA) Toh Puan Hajjah Rahmah yang terletak di Sembulan, Kota Kinabalu akan berpindah ke bangunan baru di Kinarut, dekat sini, tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, proses pemindahan SMA Toh Puan Hajjah Rahmah dari Sembulan ke Kinarut akan dilakukan dalam masa terdekat sebaik sahaja bangunan baru itu siap sepenuhnya.

''Sekolah itu terpaksa dipindah ekoran bangunan lama di Sembulan yang digunakan sejak 1976 telah usang dan kekurangan kemudahan asas.

''Keputusan memindahkan sekolah itu dilakukan tepat pada masanya.

''Dengan itu, guru dan pelajar tidak lagi perlu risau dengan masalah kekurangan kemudahan pembelajaran kerana bangunan baru itu dilengkapi peralatan pendidikan moden bagi keselesaan pelajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2010 di Kampung Pengalat Besar, semalam.

Program itu adalah .anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Ugama Islam Sabah (SUIS) dan Tadika Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

SMA Toh Puan Hajjah Rahmah ditubuhkan pada 1976 di bawah Majlis Agama Islam Sabah (MUIS), namun kini ia telah diambil alih oleh JHEAINS.

Nama sekolah berusia 35 tahun itu diambil sempena nama isteri Allahyarham Tun Mohammad Fuad Stephens yang juga Ketua Menteri Sabah yang pertama.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengambil kira pembangunan modal insan dan penyediaan prasarana pendidikan memang diutamakan dalam setiap perancangan pembangunan negara.

Katanya, pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif meliputi usaha meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan.

Dalam pada itu, beliau menyeru para pelajar di daerah itu supaya terus berusaha dengan lebih gigih untuk mengejar kejayaan.

Jelasnya, tanpa usaha gigih, cara belajar yang sistematik dan pengurusan masa yang betul sukar bagi seseorang itu mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Menurutnya, para pelajar juga hendaklah sentiasa mencintai dan membudayakan ilmu kerana dalam era sains dan teknologi manusia perlu memerlukan ilmu untuk hidup.

Katanya, kejayaan negara-negara maju dalam bidang ekonomi dan sosial termasuk pendidikan agama adalah kerana kecintaan warganegara mereka terhadap budaya ilmu.

Sementara itu, beliau meminta warga pendidik SUIS Kampung Pengalat Besar agar sentiasa memperbaharui semangat dan iltizam dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.