saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 19/02/2011

1,000 sertai perarakan Maulidur Rasul SK Teruntum


Guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Teruntum berarak sambil berselawat nabi mengelilingi kawasan sekitar sekolah sempena Sambutan Maulidur Rasul di Kuantan, semalam.


KUANTAN 18 Feb. – Kira-kira 1,000 murid dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Teruntum menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran sekolah itu di sini hari ini.

Perarakan yang bermula pukul lapan pagi itu melibatkan jarak sejauh satu kilometer dari pekarangan sekolah ke Jalan Tun Ismail seterusnya melalui Jalan Gambut dan berakhir di pekarangan sekolah.

Sepanjang perarakan itu, pelajar bersama guru membawa kain rentang dan mengalunkan bacaan selawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perarakan itu diketuai Guru Besar sekolah itu, Mohd. Faudzi Mohd. Sidek.

Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Teruntum, Mohd. Faisal Mustafa dan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Saudi Jamil.

Mohd. Faudzi berkata, sambutan yang diadakan kali ini dianggap lebih meriah apabila bacaan selawat diserikan dengan alunan kompang sebelum memulakan perarakan.

Sebelum ini, jelasnya, perarakan hanya dilakukan mengelilingi padang sekolah tetapi kali ini ia diadakan di sekitar bandar ini.

‘‘Ia bertujuan untuk membuat kelainan selain menarik minat murid apabila ia diadakan di luar kawasan sekolah,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis perarakan itu.

Menurut Mohd. Faudzi, sempena majlis tersebut, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk persembahan nasyid, deklamasi sajak dan pertandingan mewarna melibatkan penyertaan murid tahun satu hingga enam.

‘‘Sambutan kali ini juga diharap dapat memupuk pelajar untuk mencintai Rasulullah SAW dan mencontohi sifat serta akhlak baginda,’’ ujarnya.

Selain itu, katanya, objektif program tersebut adalah untuk mendedahkan kepada murid mengenai sejarah kelahiran Rasulullah selain menghayati perjuangan baginda dan keindahan agama Islam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.