saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 20/02/2011

Kemuncak seniman kecil




SEBAIK diberitahu oleh Datuk Lat beliau akan turun ke Shah Alam bagi merasmikan pameran solo Zainal Buang Hussein, hasrat untuk menemui kedua-dua nama itu terus bercambah. Biar pun pertemuan dengan Lat (Mohammad Noor Khalid) telah diatur namun kesempatan menghulurkan salam perkenalan kepada Zainal tidak mungkin dilepaskan.

Mungkin jika langkah diatur ke sana, akan ada peluang bertemu dan bersembang dengan kartunis yang sinonim dengan majalah Gila-Gila itu. Ternyata apabila hasrat dilunaskan, bukan saja Lat dan Pak Zainal ditemui, malah beberapa nama besar dalam bidang seni lukisan turut hadir memeriahkan pameran solo Zainal.

Pelukis Diraja Selangor, Azman Yusuf turut berada di Galeri Seni untuk sama-sama memberi sokongan dan penghormatan di atas kejayaan Zainal mengadakan pameran solo yang berlangsung sehingga 28 Februari ini.

Hubungan mereka amat akrab. Generasi yang melepasi usia 50-an itu bersalaman mesra, memaut bahu tanda keakraban, bersembang dan bertukar cerita dalam suasana yang amat santai tetapi sedikit mengharukan.

Nun di hadapan pentas, Zainal duduk bersebelahan Lat dan Azman. Pengarah Galeri Seni Shah Alam, Profesor Mohd. Said Abu menjadi pembuka bicara. Ucapan rakan-rakannya sedikit sebanyak membongkar 'kerenah' Zainal dan dunia lukisannya. Tekun mendengar sesekali tersenyum, ada kalanya merenung jauh. Beliau disimpulkan sebagai seorang yang banyak ketawa daripada bercakap.

''Kita akan dengar ketawa dia lebih awal daripada percakapannya,'' kata Mohd. Said merujuk kepada kemesraan Zainal biar pun persahabatan yang terjalin antara mereka belum pun menjangkau 10 tahun. Malah Lat melihat karakter rakannya itu diterjemahkan menerusi lakaran kartun dengan dialog agak panjang.

''Lukisan Zainal memang cantik dan itu signature beliau,'' kata Lat sambil menyorot kerja tangan Zainal sebagai 'kereta baru berkilat, motor pun berkilat dan cakap banyak'.

Hakikatnya, pandangan mereka amat tulus. Berpeluang bercakap dengan Zainal cukup untuk menggambarkan keperibadiannya. Beliau seorang yang ringkas, peramah, ceria dan tidak lokek berkongsi pengalaman.

Bakatnya dalam bidang seni lukisan 'diiktiraf' semasa bersekolah rendah lagi. Beliau pernah mendapat anugerah Seniman Kecil ketika belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Kluang. Gambar Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak meletakkan beliau dalam kategori istimewa. Zainal memasang impian untuk menyertai perlumbaan kereta. Minatnya pada kereta sangat mendalam. Lantas kreativiti lukisannya sepanjang bersama Creative Enterprise tertumpu kepada kereta dan motor.

''Nak masuk lumba kereta, nak beli kereta lumba kosnya amat tinggi, tak mampu, dapat lukis kereta pun cukuplah,'' katanya.

Bagi peminat Gila-Gila, lukisan Zainal yang sering menghiasi muka depan majalah itu sememangnya melekat di fikiran. Kereta, motor, wanita seksi antara terjemahan idea beliau. Kartun Wak Punk juga sinonim dengan nama Zainal. Beliau pernah berkhidmat sebagai ilustrator dengan Kumpulan Utusan pada pertengahan tahun 1975. Ketika itu kartun Kutu menjadi hasil tangannya yang diminati ramai selain membuat ilustrasi bagi ruangan cerpen, kulit buku dan majalah terbitan Utusan Publications and Distributors.

Bekas pelajar Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah itu pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi ketiadaan pembiayaan menyebabkan niatnya terbantut. Tawaran ke Universiti Teknologi Mara juga ditolak. Zainal mula memasuki alam pekerjaan di Pustaka Pendidikan Kluang, Johor, kemudian menyertai Longman dan seterusnya Kumpulan Utusan selama setahun sebelum selesa di Creative Enterprise.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.