saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 21/02/2011

Ramli bertengkar dengan pengawal

TUMPAT 20 Feb. - Prosiding inkues di sini hari ini diberitahu, wujud perselisihan faham antara Ramli Mohamad, pengawal Istana Negeri yang mati akibat ditembak penyerang tidak dikenali di Palekbang di sini pada 1 Mei lalu, dengan pengawal peribadi (swasta) dilantik Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid di Singapura.

Perkara tersebut didedahkan empat saksi yang juga rakan setugas Ramli pada prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pengawal istana itu di sini hari ini.

Inkues tersebut didengar di hadapan Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussein.

Pengawal Istana Mahkota, Lans Koperal Mohd. Hafizi Azlim Anin, 25, yang juga pengawal pengiring Sultan Ismail Petra pada 2009 memberitahu, semasa ditugaskan mengawal keselamatan baginda yang dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, dia pernah bekerja satu syif dengan Ramli dan mendengar pertengkaran antara arwah dengan pengawal istana swasta tersebut.

Menurutnya, ia berpunca daripada tindakan Tengku Muhammad Fakhry Petra yang pada ketika itu masih bergelar Tengku Temenggong Kelantan (Gelaran Tengku Temenggong ditarik balik pada 30 September lalu) membawa beberapa pengawal peribadi swasta ke hospital tempat Sultan Ismail dirawat.

"Pengawal peribadi itu telah mengambil alih tugas kami dan kami tidak dibenarkan langsung mendekati bilik Sultan Kelantan pada masa itu dan pernah beberapa kali berlaku pertengkaran.

"Selain pengawal peribadi dari Malaysia, terdapat tiga pengawal lagi dari Singapura yang berperwatakan samseng apabila mereka menghalang pengawal istana dan polis menjalankan tugas menjaga pintu bilik wad Royal Suite," jelas Mohd. Hafizi.

Ekoran peristiwa itu, katanya, pernah berlaku tarik menarik antara arwah dengan pengawal peribadi swasta malah perselisihan faham itu berlarutan hingga ke Istana Mahkota apabila Sultan Ismail dibawa balik ke Kelantan pada Mac tahun lalu.

Katanya, beberapa hari sebelum Ramli ditembak sehingga menyebabkan kematiannya pada 1 Mei lalu, arwah sekali lagi bertengkar dengan pengawal peribadi swasta di pekarangan Istana Mahkota.

"Ramli bertengkar kerana sikap kurang ajar pengawal peribadi itu terhadap pengawal istana yang terdiri daripada anggota polis tetapi tidak sampai kepada tumbuk-menumbuk.

"Sampai satu peringkat Ramli pernah mengeluarkan kata-kata kepada pengawal peribadi itu yang menyebut 'mu ingat mu gedebe (samseng) ko'," katanya.

Saksi tersebut turut memberitahu, beliau pernah dimaklumkan oleh seorang pemandu ambulans di istana bahawa pengawal peribadi yang diupah itu sanggup untuk menembak polis yang diibaratkannya sebagai "makan gaji buta" jika diberikan senjata api.

"Saya hanya diberitahu oleh orang lain bahawa pemandu ambulans itu didatangi pengawal peribadi swasta dan menyuruh disampaikan kepada kami," katanya.

Tambah Mohd. Hafizi, pada malam kejadian, Ramli meminta kebenaran daripada rakan-rakan setugas untuk pulang ke rumahnya kira-kira pada pukul 12 tengah malam kerana ada hal dan selepas itu mereka mendapat tahu arwah telah ditembak.

"Esoknya, saya bertemu dengan Ramli di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan memberitahu dia telah ditembak dan selepas itu dia batuk sehingga keluar darah.

"Selepas pembedahan, sekali lagi saya bertemunya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPRZ II dan Ramli bertanya beberapa kali sama ada Rosdi telah ditangkap atau belum. Setahu saya Rosdi adalah tukang masak dan rapat dengan Tengku Temenggong tetapi saya tidak faham maksudnya itu," katanya.

Tujuh lagi saksi dipanggil bagi menyambung inkues tersebut hari ini, termasuk Pakar Ortopedik HRPZ II, Dr. Sabri Omar dan menjadikan jumlah saksi yang telah dipanggil setakat ini ialah 27 orang.

Perbicaraan bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.