saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 21/02/2011

Persandingan pengacara, pelakon Farish Aziz meriah


Farish Aziz dan Zahrah Fowzi bersanding dalam suasana meriah di Kota Kinabalu, malam semalam.


KOTA KINABALU 20 Feb. - Pengacara dan pelakon Farish Aziz, 27, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Zahrah Fowzi, 27, seorang peguam di Hotel Shangri-La, Tanjung Aru di sini, Jumaat lalu.

Dengan sekali lafaz, tepat pada pukul 3.05 minit petang, Farish yang popular menerusi drama Kau dan Aku di Astro Ria, sah menjadi suami Zahrah.

Pelakon itu membawa mas kahwin RM100 dan barang hantaran tujuh berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Farish ketika ditemui pada majlis persandingan di sebuah hotel terkenal di sini malam tadi berkata, mereka bercinta sejak zaman persekolahan sebelum mengikat tali pertunangan selama empat bulan.

"Selepas ini saya lebih serius menjalani kehidupan malah perlu ada batas-batasnya dalam semua aspek," katanya pada majlis penuh meriah di Hotel Magellan Sutera Habour di sini.

Majlis persandingan bermula pada pukul 8 malam itu dihadiri oleh ahli keluarga dari kedua-dua pihak, rakan-rakan serta beberapa rakan artis yang turut memeriahkan majlis berkenaan.

Antara artis yang hadir membuat persembahan bagi menyerikan lagi majlis itu ialah barisan artis Akademi Fantasia seperti Zahid, Marsha, Velvet, Toi, Aizat dan Farhan.

Farish berkata, pada masa ini mereka berdua akan menetap di Sabah dan masih belum membuat perancangan sama ada akan terus kekal di sini atau berpindah ke Kuala Lumpur.

Kedua-dua pasangan seperti pinang dibelah dua itu mengenakan pakaian pengantin berwarna kuning kemerah-merahan, manakala untuk majlis memotong kek Farish memakai sepasang sut kelabu dan Zahrah pula jelita mengenakan pakaian berwarna hijau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.