saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 21/02/2011

SK Taman Cendana lancar sudut bacaan


SEBAHAGIAN murid membaca sisipan ADaP pada majlis perasmian sudut bacaan khas di SK Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru, kelmarin. - utusan/RAJA JAAFAR ALI


JOHOR BAHRU 20 Feb. - Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana, Pasir Gudang, melancarkan sudut bacaan khas di ruang legar sekolah tersebut semalam dalam usaha memupuk minat membaca serta meningkatkan pengetahuan am murid-muridnya.

Sudut bacaan itu dirasmikan oleh Guru Besarnya, Musa Mastor dengan disaksikan oleh Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Selatan Utusan Malaysia, Mohd. Asri Jantan.

Bahan-bahan bacaannya disumbangkan oleh Kumpulan Utusan seperti sisipan pendidikan Utusan Malaysia dan majalah seperti Mastika, Al-Islam dan Harmoni.

Musa berkata, sudut bacaan itu akan menarik minat kira-kira 2,800 murid di sekolah tersebut sekali gus dapat membudaya serta melahirkan generasi cintakan ilmu.

Katanya lagi, secara tidak langsung bahan-bahan bacaan tersebut menjadi tambahan berikutan kekurangan koleksi bacaan sedia ada sebelum ini.

"Murid-murid di sini rajin membaca tetapi tidak mempunyai bahan bacaan yang banyak. Pihak sekolah berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana menyumbangkan bahan-bahan terbitannya," katanya selepas majlis perasmian tersebut.

Sementara itu, murid tahun empat sekolah berkenaan, Zarit Aiman Zahid teruja dengan sudut bacaan tersebut yang disifatkan sebagai perpustakaan mini.

"Sebelum ini kami belum pernah terdedah dengan bahan bacaan yang pelbagai seperti ini. Banyak bacaan yang mengandungi maklumat dan cerita-cerita menarik," ujarnya.

Rakannya, juga murid tahun empat, Ahmad Zamir Danish Zamri berkata, bahan bacaan seperti ADaP, E-Lab dan majalah Estidotmy banyak membantunya dalam pelajaran.

Kata anak kedua daripada tiga beradik itu, akhbar Utusan Melayu Mingguan edisi jawi juga meningkatkan penguasaannya dalam tulisan jawi.

Bagi murid tahun lima, Fatnin Syahmina Hizir, dia tertarik dengan cerita-cerita misteri seperti yang dipaparkan Mastika dan Infiniti.

"Ini memberi satu pengalaman baru dalam bidang pembacaan dan secara tidak langsung dapat merehatkan fikiran setelah memberi fokus terhadap pelajaran," katanya.

Murid tahun empat, Nur Ain Abdul Muin memberitahu bahawa sudut bacaan itu boleh dipelbagaikan kegunaannya termasuk untuk mengulang kaji pelajaran.

Menurutnya, sudah lama dia dan rakan-rakan mengimpikan satu sudut santai dengan persekitaran yang tenang dan selesa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.