saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 23/02/2011

Mari beramai-ramai sokong Harimau Malaya malam ini

SKUAD olimpik Malaysia akan turun menentang skuad olimpik Pakistan bagi kelayakan Sukan Olimpik 2012 malam ini pukul 8 malam di Stadium Shah Alam. Ayuh warga Lembah Klang khasnya dan rakyat Malaysia, kita penuhkan stadium Shah Alam bagi menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara dalam acara bola sepak.

Kita teruskan momentum kebangkitan skuad Harimau Malaya selepas menjuarai piala AFF Suzuki baru-baru ini. Janganlah kita biarkan stadium menjadi kosong seperti perlawanan persahabatan menentang Hong Kong baru-baru ini.

Bagaimanapun, saya memuji penyokong negara yang menggelarkan diri mereka Ultras Malaya kerana telah berjaya memberi sokongan yang menggila kepada skuad Harimau Malaya. Diharapkan pada hari Rabu ini penyokong Ultras Malaya akan hadir dengan jumlah yang jauh lebih besar. Perlawanan pada hari ini adalah penting dan juga bagi menentukan skuad Olimpik negara berjaya atau tidak ke London 2012.

Sebenarnya, selepas skuad kita menjuarai piala AFF Suzuki, semangat rakyat Malaysia begitu mendadak menyokong skuad negara bebanding dahulu. Sekarang orang merasa bangga jika datang ke stadium menyokong pasukan bola sepak negara dengan memakai jersi Harimau Malaya.

Bagaimanapun, sokongan kepada pasukan bola sepak negara belum cukup hebat. Pada perlawanan persahabatan menentang Hong Kong baru-baru ini banyak tempat duduk stadium yang kosong.

Wajarlah rakyat Malaysia mencontohi negara-negara maju mengenai bagaimana sikap rakyat menyokong setiap kali perlawanan membabitkan skuad mereka. Mereka tidak pernah berkira dengan wang ringgit dan masa, demi kecintaan dan semangat patriotik kepada negara.

Sebenarnya kemenangan skuad bola sepak adalah kemenangan negara dan memberi kebanggaan kepada negara. Sudah pasti, skuad bola sepak negara amat memerlukan sokongan padu penyokong.

Marilah kita datang ke stadium dengan perasaan bangga dan penuh patriotik menyokong skuad bola sepak dengan mengibarkan atau membawa jalur gemilang supaya ia megah di persada antarabangsa.

Saya cabar penyokong Malaysia supaya memenuhi Stadium Shah Alam nanti dengan jumlah kehadiran minimum 40,000. Adakah perit untuk penyokong hanya memenuhi separuh sahaja tempat duduk, sedangkan rakyat di Lembah Klang dianggarkan melebihi tujuh juta penduduk?

ALNORULHADI AB HAMID

Kota Bharu, Kelantan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.