saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 23/02/2011

Gempa kuat bunuh 65 mangsa


Pekerja penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bangunan Pyne Gould Guinness yang runtuh dalam satu gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter di Christchurch, New Zealand, semalam. – AFP


WELLINGTON 22 Feb. – Sekurang-kurangnya 65 orang terkorban dalam satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter yang melanda bandar raya kedua terbesar di New Zealand, Christchurch hari ini.

Angka korban dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang masih terperangkap di dalam bangunan yang runtuh dan pasukan penyelamat giat menjalankan gerakan untuk mencari mereka.

Gempa bumi itu adalah yang kedua melanda Christchurch selepas gempa bumi kuat pada September lalu dan malapetaka paling dahsyat di negara ini dalam tempoh 80 tahun.

“Kita mungkin menyaksikan hari paling tragik dalam sejarah New Zealand. Jumlah kematian yang saya terima buat masa ini ialah 65 orang dan angka itu boleh meningkat,” kata Perdana Menteri, John Key di televisyen tempatan.

Gempa bumi itu berlaku sekitar waktu makan tengah hari iaitu 12.51 petang (7.51 pagi waktu Malaysia) ketika jalan-jalan dan kedai penuh sesak dengan orang ramai dan pekerja masih berada di pejabat.

Datuk Bandar Christchurch menggambarkan bandar raya yang mempunyai hampir 400,000 penduduk ini sebagai zon perang.

“Kita akan menyaksikan banyak kematian, kecederaan dan kesedihan di bandar raya ini,” kata Bob Parker kepada televisyen Australia menerusi telefon.

Beliau kemudian memberitahu radio tempatan, sehingga 200 orang mungkin terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Gempa bumi itu adalah malapetaka terburuk di negara ini sejak 256 orang maut dalam gempa bumi di bandar Napier, North Island pada 1931.

Gegaran hari ini berpusat kira-kira 10 kilometer ke barat daya Christchurch, yang mengalami kerosakan meluas akibat gempa bumi 7.1 pada skala Richter pada September lalu tetapi tiada kematian. – Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.