saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/02/2011

Pelajar demonstrasi 17 jam


Pintu kaca Pejabat Pentadbiran UPM pecah setelah dirempuh oleh pelajar-pelajar promahasiswa yang melancarkan protes terhadap Hal Ehwal Pelajar di universiti itu di Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Kekecohan berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini apabila sekumpulan 200 pelajar promahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) membatalkan kemenangan 11 calon.

Kumpulan pelajar itu dianggotai gabungan pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan UPM.

Mereka mula berkumpul seawal pukul 10.30 malam tadi bertujuan meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM mengenai pembatalan kemenangan calon terbabit.

Namun, ia kemudian menjadi tidak terkawal pada pukul 3 petang ini apabila pengawal keselamatan dan kakitangan HEP cuba menghalang mereka memasuki pejabat pentadbiran sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan mahasiswa tersebut.

Keadaan bertambah gawat apabila berlaku tolak-menolak sehingga tercetus sedikit pergelutan dengan pengawal keselamatan.

Akibatnya pintu kaca untuk ke bangunan pentadbiran HEP itu pecah dirempuh dalam keadaan kelam-kabut dan berasak-asak itu.

Tiga kakitangan UPM termasuk dua pengawal keselamatannya cedera parah di tangan manakala beberapa pelajar mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Majlis Politik Nasional (MPN) Gamis, Ahmad Shukri Kamarudi mendakwa demonstrasi itu diadakan berikutan tindakan universiti membatalkan kemenangan 11 calon mereka.

"Kami berkumpul sejak 10.30 malam semalam selepas dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut di hadapan bangunan HEP.

"Bagaimanapun kami kecewa apabila Timbalan Naib Canselor tidak mahu memberikan penjelasan mengenai pembatalan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias ketika dihubungi malam ini mengesahkan pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 6.30 petang ini oleh dua pegawai keselamatan UPM.

Menurutnya, polis belum membuat tangkapan dan akan menyiasat kumpulan pelajar yang menyertai demonstrasi itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.