saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 24/02/2011

Mahasiswa UPM tidak matang

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tindakan kira-kira 200 mahasiswa mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan Pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas bantahan mereka berhubung keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditolak, menunjukkan ketidakmatangan mereka sebagai golongan terpelajar.

Perhimpunan itu yang mulanya berlangsung secara aman bertukar agresif sehingga ada pengawal keselamatan yang cedera dan pintu bangunan rosak gara-gara diasak oleh kumpulan tersebut.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPM, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Ramlan (gambar) berkata, meskipun pihak universiti melihat demonstrasi itu sebahagian proses membentuk kematangan, namun ia memperlihatkan perkembangan tidak sihat apabila melibatkan keganasan.

"Universiti membuat keputusan tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap mahasiswa tersebut, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut berhubung insiden itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan kejadian tersebut, Bahagian Keselamatan UPM membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan selanjutnya.

Dr. Mohd. Fauzi turut kesal dengan campur tangan mahasiswa daripada universiti lain yang turut serta membantah keputusan pemilihan MPP UPM itu.

Jelasnya, campur tangan pihak luar hanya akan menjadikan perkara tersebut lebih rumit.

Beliau yang turut bersetuju dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta semua mahasiswa menghormati keputusan pemilihan MPP tersebut.

Semalam, Mohamed Khaled meminta keputusan pemilihan tersebut dihormati kerana ia ditentukan oleh para pelajar selaku pengundi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.