saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 24/02/2011

Segera jelaskan cukai pintu MPS

SEREMBAN 23 Feb. - Orang ramai di daerah ini diminta menjelaskan bayaran cukai taksiran (cukai pintu) kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebelum 28 Februari ini bagi mengelak daripada dikenakan denda mulai 1 Mac depan.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Halim Abd. Latif memberitahu, sehingga kini, MPS telah mengeluarkan 126,009 bil cukai pintu bernilai RM24.11 juta bagi setengah tahun pertama 2011 di seluruh kawasan pentadbirannya.

"Bil berkenaan telah diposkan bermula Januari 2011 lepas di kawasan yang terlibat.

"Kita berharap supaya pemilik harta menjelaskannya segera sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mengelak didenda," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abd. Halim menjelaskan, sebanyak 18 saluran pembayaran telah disediakan di bandar ini yang bertujuan memudahkan pemilik menjelaskan pembayaran bil cukai taksiran.

Katanya, antara kaunter yang dibuka termasuk di MPS, kios di ruang legar Wisma MPS, kaunter di Jabatan Undang-Undang di tingkat lima bangunan Seremban Parade dan kaunter bil setempat Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

"Kaunter ini turut dibuka di Syarikat Telekom Malaysia Bhd. (STMB), Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains), pejabat pos di kawasan perbandaran Seremban, kaunter Bank Rakyat, Bank Islam Bhd., Bank EON dan melalui sistem perbankan elektronik.

"Selain itu, kaunter tambahan turut dibuka setiap Sabtu pada bulan Februari bermula pukul 9 pagi sehingga 4 petang di tingkat bawah MPS," katanya.

Abd. Halim menjelaskan, pemilik yang masih tidak mendapat bil boleh mendapatkannya di kaunter Jabatan Kewangan, Wisma Perbandaran, Jalan Yam Tuan, Seremban atau mencetaknya sendiri melalui laman sesawang www.mpsns.gov.my.

"MPS berharap semua pemilik harta menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai taksiran masing-masing bagi membantu majlis menguruskan kutipan sampah, pembersihan kawsan dan penyelenggaraan infrastruktur awam," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.