saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/02/2011

Nasib dua ADUN Perak diketahui pada sidang DUN

25/02/2011 3:30pm

IPOH 25 Feb. – Keputusan membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipanggil untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan negeri hari ini hanya akan diketahui pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Khalil Idham Lim Abdullah (Pas-Titi Serong) yang dihadapkan berikutan membangkitkan isu bomoh pada Sidang DUN Disember lalu bagaimanapun enggan hadir kerana mendakwa usul yang dikemukakan untuk mengheretnya ke jawatankuasa tersebut adalah tidak sah.

Manakala Datuk Hasbullah Osman (BN-Temenggor) pula hadir untuk memberi keterangan kira-kira sejam ekoran mengkritik pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang di Selangor.

Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, meskipun keputusan telah diambil selepas dibincang dan diteliti oleh jawatankuasa itu hari ini, namun ia perlu dibentang pada Sidang DUN yang dijangka berlangsung pada penghujung Mac atau awal April ini.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil berikutan mematuhi Peraturan Perintah Tetap DUN Perak Perkara 77(2) yang mengatakan bahawa sebarang keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu hendaklah dibentangkan ke dalam dewan sebelum ia dibahaskan dan dilakukan pengundian.

“Kedua-dua ADUN ini akan datang pada Sidang DUN nanti seperti biasa dan tidak semestinya mereka harus diminta keluar dari dewan.

“Keputusan akhir ini akan bergantung kepada dewan kerana tugas jawatankuasa ini hanya untuk mengkaji kes berkenaan kemudian dibentangkan pada Sidang DUN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi soal jawab Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Antara ahli jawatankuasa tersebut yang hadir ialah Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN-Slim), Datuk Nasarudin Hashim (BN-Bota) dan Datuk Rusnah Kassim (BN-Ulu Kinta).

Dua lagi ahli jawatankuasa itu yang tidak menghadirkan diri ialah Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi) dan Nolee Ashilin Datuk Mohamed Radzi (BN-Tualang Sekah).

Dalam pada itu, Ganesan berkata, keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa tersebut pada hari ini adalah sah kerana cukup korum meskipun ia dibuat tanpa kehadiran Khalil Idham Lim. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.