saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 25/02/2011

RM61,000 jadi rebutan pertandingan seni khat

KUALA TERENGGANU 24 Feb. - Hadiah berjumlah RM61,000 menjadi rebutan peserta Pertandingan Seni Khat peringkat Kebangsaan yang diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini bulan depan.

Pertandingan itu yang dijangka disertai kira-kira 300 peserta di kalangan penggiat serta pengkarya seni khat seluruh negara diadakan bersempena program Inspirasi Seni Khat TTI pada 12 dan 13 Mac depan.

Pengerusi jawatankuasa penganjur, Datuk Zubir Embong berkata, program tersebut dianjurkan kerajaan negeri menerusi agensinya, TTI Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Seni Khat Malaysia.

Beliau memberitahu, pada pertandingan itu nanti, para peserta juga berpeluang merangkul hadiah berupa Piala Menteri Besar Terengganu yang buat julung kali diwujudkan.

"Selain pertandingan ini, pelbagai acara menarik lain turut disediakan termasuk pameran," katanya pada sidang akhbar mengenai program itu di Pusat Konvensyen TTI di Pulau Wan Man, dekat sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan TTI Sdn. Bhd., Engku Md. Azmi Engku Abd. Rahman.

Menurutnya, program tersebut bakal menjadi platform berkesan dalam memperkasakan serta menanam minat supaya kecintaan terhadap seni khat terus subur di kalangan masyarakat terutama golongan muda.

"Selain menggalakkan penulis seni khat bergiat dan berkarya, ia diharap dapat membuka mata masyarakat mengenai keindahan dan nilai komersial dalam setiap seni yang dihasilkan di seluruh dunia," katanya.

Kata Zubir, bagi karya spontan, dua kategori ditawarkan dalam pertandingan itu iaitu kategori terbuka untuk 18 tahun ke atas dan kategori sekolah bagi yang berusia 13 hingga 18 tahun dengan menonjolkan karya khat yang popular termasuk Thuluth, Kufi, Nasakh dan Diwani.

Bagi penulisan karya siap, katanya, peserta hanya dibenarkan menghantar satu karya daripada tiga kategori yang dipertandingkan sama ada kanvas, kayu atau logam.

"Dengan yuran penyertaan RM10 bagi setiap penyertaan, karya asli peserta hendaklah sampai kepada urus setia Inspirasi Seni Khat TTI sebelum hari pertandingan," katanya.

Tokoh kaligrafi Islam, Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis dari Universiti Pendidikan Sultan Idris menyampaikan ucaptama pada program berkenaan.

Program itu juga bakal mendapat sentuhan tokoh kaligrafi terkenal dunia dari Syria, Sheikh Adnan Sheikh Osman akan berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang tersebut melalui seminar serta demonstrasi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.