saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 26/02/2011

Bank Islam raih keuntungan RM503 juta

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) meraih keuntungan sebelum zakat dan cukai sebanyak RM503.4 juta dalam tempoh 18 bulan berakhir 31 Disember 2010.

Prestasi itu merupakan peningkatan 44 peratus berbanding RM233.1 juta pada akhir Jun 2009.

Bank Islam berkata, prestasi kewangan dalam tempoh 18 bukal berikutan perubahan dalam kewangan berakhir pada bulan Disember, menyamai syarikat induknya, Lembaga Tabung Haji.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, prestasi itu hasil pertumbuhan kukuh kewangan dan pemulihan dalam kualiti aset.

Selain itu, pengembangan pengagihan daripada bukan dana berasaskan pendapatan, penurunan nisbah pendapatan kepada kos dan peningkatan deposit berterusan melalui akaun semasa dan simpanan turut menyokong prestasi tersebut.

Bagi tempoh kewangan itu, Lembaga Pengarah Bank Islam telah mencadangkan dividen 4.75 peratus yang membabitkan peruntukan sebanyak RM80.7 juta.

Sepanjang tempoh 18 bulan itu, jumlah pembiayaan bersih naik sebanyak 22.8 peratus kepada RM11.86 bilion, dipacu oleh peningkatan lebih 30 peratus daripada sektor isi rumah.

Zukri berkata, di sebalik pertumbuhan kukuh dalam portfolio pembiayaan, Bank Islam mencatatkan penurunan ketara dalam pembiayaan jejas nilai.

Jumlah pembiayaan jejas nilai bersih merosot kepada RM128 juta pada 31 Disember 2010, pemulihan sebanyak 80.7 peratus.

Jumlah deposit pelanggan juga berkembang sebanyak RM1.7 bilion kepada RM26.9 bilion pada tempoh tersebut berbanding RM25.2 bilion pada 31 Jun tahun sebelumnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.