saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 26/02/2011

Pusat urut milik orang buta


Haszemee Abdul Hamid (tengah) memastikan pekerjanya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang datang ke pusat urutnya di Arroma Foot Reflewology & Tradisional Massage Centre , Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini. – utusan/Zhafaran Nasib


PULAU PINANG 25 Feb. – Haszemee Abdul Hamid, 38, ingin berdikari seperti orang lain walaupun tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU). Dia tidak mahu OKU sepertinya terus dipandang hina dan dilabelkan sebagai insan yang menyusahkan orang lain dan tidak mempunyai masa depan.

Bagi Haszemee yang berasal dari Alor Setar, Kedah, kecacatan bukanlah penghalang untuknya terus memajukan diri.

Katanya, selagi nafas belum terhenti, selagi ada kudrat diberi, apa pun akan lakukan dengan semangat dan ketabahan.

Dengan tekad dan azam itu, dia membuka pusat perniagaan urut refleksologi, Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre yang diusahakannya di sebuah bangunan yang disewa di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini.

Katanya, yang berpengalaman hampir lapan tahun dalam bidang urutan dan mempunyai sijil dalam bidang tersebut, perkhidmatan urut semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana kesedaran mereka dalam aspek penjagaan kesihatan.

Melihat kepada potensi dan peluang yang ada itu, dia yang dulunya hanya bertindak sebagai pekerja kini membuka Aroma Reflexology dengan bermodalkan RM40,000 hasil wang simpanannya, setahun setengah yang lalu.

Berbeza dengan kebanyakan rumah urut lain yang menggunakan gadis-gadis jelita sebagai tukang urut, pusat perkhidmatan urut miliknya itu menawarkan tukang-tukang urut yang kaya dengan pengalaman.

Semua tukang urut berkenaan terdiri daripada golongan cacat penglihatan yang masih muda.

‘‘Setakat ini, saya mempunyai enam orang tukang urut iaitu dua perempuan dan empat lelaki. Kesemua mereka sebenarnya adalah bekas anak murid saya di Pertubuhan Orang Buta Malaysia.

‘‘Mereka berkebolehan mengurut di seluruh badan dan bahagian tertentu mengikut kehendak pelanggan. Selain itu, kami juga menyediakan urutan untuk mereka yang terseliuh dan perempuan dalam pantang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Haszemee, pusat urut miliknya itu menyediakan dua bilik rawatan yang menempatkan empat katil untuk lelaki dan tiga katil untuk perempuan selain ruang menunggu untuk pelanggan.

Beliau turut menyediakan dua bilik untuk dijadikan tempat tinggal kesemua pekerjanya di premis berkenaan.

Katanya, tindakan itu dibuat untuk memudahkan urusan mereka seharian dan mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini sewaktu mereka pulang atau datang bekerja.

‘‘Mereka ini datang dari Selangor, Kedah dan Kelantan selain penduduk tempatan. Jika menyewa, saya risau ada antara mereka ditimpa musibah seperti kemalangan atau jatuh,’’ katanya.

Menceritakan sejarah awal penubuhan pusat urut itu, Haszemee berkata, ia dibuka pada 2010 dan sambutan yang diterima amat berkurangan menyebabkan mereka terpaksa mengurut di karnival dan ekspo yang diadakan di negeri itu.

Namun, katanya, dia dan pekerjanya tidak pernah patah semangat dan terus cuba mempromosikan pusat urut itu kepada orang ramai

‘‘Alhamdulillah, ketika ini, pelanggan makin ramai. Waktu yang paling sibuk sebelah petang kerana kebanyakan pelanggan datang selepas habis waktu bekerja.

‘‘Saya amat berharap pusat ini semakin bertambah maju dan menggaji lebih ramai golongan OKU. Saya mahu taraf hidup insan seperti kami ditingkatkan sama seperti orang lain dan berdaya saing,” katanya.

Sementara itu, tukang urut, Norazura Aatree, 24, berasal dari Selangor berkata, beliau amat seronok dapat bekerja di Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre.

Katanya, peluang yang diberikan untuk berdikari tidak akan dipersia-siakan.

‘‘Dulu, keluarga tidak percaya saya yang cacat ini boleh bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.

‘‘Setelah melihat saya belajar dan kemudiannya bekerja, mereka gembira dan tidak lagi memandang rendah terhadap saya. Saya harap lebih ramai OKU diberi peluang sebegini supaya mereka dapat berdikari,” katanya.

Samsul Rizahi Mat Ripin, 25, dari Kelantan dan Khayfullah Ismail, 30, pula telah setahun bekerja di pusat urut tersebut.

‘‘Setakat ini, tiada pelanggan yang mengadu. Semuanya nampak berpuas hati dan ada antara mereka telah menjadi pelanggan tetap di pusat ini.

‘‘Kami harap lebih ramai pelanggan yang akan datang kerana pakej yang disediakan di sini sangat berpatutan,” katanya.

Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre yang dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam itu menawarkan pakej urut seluruh badan dan urut bersukan pada harga RM35 sejam manakala RM25 bagi urutan refleksologi dan bahagian tertentu.

Mereka yang berminat untuk membuat temu janji boleh menghubungi Haszemee di talian 04-5372535 atau pergi terus ke Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre, 12-A Tingkat 1, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai dekat sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.