saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/02/2011

Resipi kejayaan Kabir, Mira


ANTARA babak menarik drama bersiri Gemilang yang kini sedang ditayangkan setiap hari Isnin di TV3.


MEMANG tidak dapat dinafikan lagi, kehadiran pasangan suami isteri ini telah membuka lembaran baru dalam penerbitan drama dan filem di negara ini.

Bukan sengaja mahu memuji melangit, tetapi harus diakui sentuhan Kabir Bhatia dan isterinya, Mira Mustaffa jarang sekali mengecewakan audiens tempatan.

Mungkin ramai yang menganggap Kabir dan Mira masih lagi baru dan mentah dalam bidang penyiaran dan perfileman negara.

Tetapi, hakikat sebenarnya perjuangan mereka di dalam industri sudah memakan masa lebih sedekad lamanya dengan memulakan perjalanan mereka dengan penerbitan drama-drama tempatan.

Drama lipur lara popular, Idaman merupakan perintis dalam memperkenalkan nama Kabir dan Mira kepada khalayak apabila ia menjadi sebutan sekitar lewat tahun 90-an.

Bermula detik itu, mereka tidak lagi menoleh ke belakang dan meneruskan perjalanan mereka tanpa henti apabila terus menghasilkan drama tempatan.

Misi mereka hanya satu iaitu untuk memberikan kepuasan kepada penonton dan sekiranya khalayak dapat menerima sesuatu yang positif daripada karya mereka, ia merupakan kejayaan buat mereka.

Antara telefilem dan drama bersiri yang telah dihasilkan dan mendapat sambutan menggalakkan adalah seperti Manjalara, Kekasihku Seru, Primadona, Jodoh dan Mastura, Frontpage, Hartamas, Tower 13, 7 Lagu dan Lebih Bisa Dari Jelatang.

Revolusi

Namun, kehadiran filem Cinta pada tahun 2006 telah melonjakkan lagi nama Kabir dan Mira apabila filem itu telah memberi satu landskap baru dalam bidang penerbitan filem tempatan.

Hasilnya, filem itu telah diiktiraf sebagai Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik untuk Mira pada Festival Filem Malaysia Ke-20 serta Anugerah Skrin 2007.

Kejayaan terbaru pasangan suami isteri ini apabila drama rantaian, Nur Kasih telah mencetus gelombang baru dalam bidang penyiaran negara sehingga mencecah rating seramai dua juta penonton setiap episod.

Kecemerlangan Kabir berterusan apabila Nur Kasih dinobatkan sebagai Drama Rantaian Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung bulan Disember lalu.

Dan harus diakui juga, kehadiran Nur Kasih telah membawa revolusi baru sehingga ada penerbit dan pengarah tempatan dilihat cuba untuk meniru gaya pengarahan Kabir dalam drama-drama mereka.

“Bagi saya, kejayaan yang saya miliki hari ini bukanlah datang bergolek. Tetapi, setiap kali mengarahkan karya terbaru, saya belajar dan cuba mengaplikasikan teknik baru dengan bantuan mereka yang berada di belakang tabir.

“Saya amat menitik beratkan soal kualiti dalam segala aspek bagi memastikan karya saya itu dapat mencapai kepuasan yang optimum kepada penonton.

“Dalam hal ini juga, saya tidak menganggap hanya saya seorang sahaja yang mencetuskan fenomena seperti mana diperkatakan.

“Bagi saya, setiap drama atau filem, kejayaan itu terletak kepada semua pihak dalam produksi yang telah memberikan komitmen serta kerjasama yang baik,” jelas anak kelahiran New Delhi, India ini dalam nada penuh rendah diri.

Kabir atau nama penuhnya, Mohd. Kabir Bhatia Abdullah itu ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Gemilang yang diadakan di Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bantuan

Dalam masa yang sama, Kabir yang juga pengarah filem Sepi dan Setem itu menjelaskan Mira banyak membantunya dari segi skrip dan jalan cerita untuk menzahirkan visualnya seperti mana yang dapat ditonton.

Jelas Kabir, dia dan Mira akan sentiasa duduk berbincang setiap kali ada idea baru yang ingin dikembangkan menjadi sebuah produk baik untuk filem atau drama.

Sudah menjadi resmi prinsip pekerjaannya, Kabir enggan mengulangi resipi yang sama dalam setiap projek terbarunya.

“Saya sendiri akan berasa bosan jika melakukan perkara yang serupa apalagi penonton,” jelas pemilik syarikat produksi, Filmscape Sdn. Bhd. ini bersungguh.

Begitu juga dengan drama Gemilang di mana idea semuanya datang daripada Mira dan sebagai pengarah, ujar Kabir, dia akan bermain dengan kreativiti secara bijak untuk menjelmakan naskhah itu ke skrin.

“Dalam mengarah, saya suka mencabar diri saya untuk memberikan pendekatan dan perubahan yang berbeza dalam setiap projek baru yang saya usahakan,” cerita Kabir panjang lebar sambil dipersetujui isterinya.

Perubahan itu termasuklah kata Kabir, barisan pelakon yang berbeza walaupun ada seorang dua yang masih kekal menjadi pilihan Kabir.

Untuk Gemilang, antara muka baru yang pertama kali bekerjasama dengan Kabir ialah Shahz Jaszle, Kamal Adli dan Tasha Shilla di samping Tiz Zaqyah yang sudah sinonim dengan pengarah itu.

“Biarpun kali pertama mengarahkan mereka tetapi saya kagum dengan komitmen dan lakonan yang diberikan menerusi watak masing-masing.

“Saya memang membuka peluang untuk bekerjasama dengan bakat-bakat baru yang saya percaya memiliki kelebihan tersendiri selain pelakon senior sedia ada,” katanya tanpa selindung.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.