saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 28/02/2011

Sambutan Maulidur Rasul di Mukim Pulau meriah


SEBAHAGIAN penduduk menyertai sambutan Maulidur Rasul Mukim Pulau, Kubang Kerian, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 27 Feb. - Lebih 300 penduduk Mukim Pulau, Kubang Kerian dekat sini menyertai Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Pulau Hilir semalam.

Program yang julung kali dianjurkan mendapatkan sambutan menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat termasuklah golongan belia dan kanak-kanak dengan membawa sepanduk bertema 'Memantapkan Ukhuwah memperkasakan Ummah'.

Pengarah program, Azman Zakaria berkata, sambutan tersebut bertujuan memperingati tarikh kelahiran dan pengorbanan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menanamkan rasa cinta umat Islam terhadap baginda.

"Alhamdulillah semua yang dirancangkan berjalan lancar, saya tidak menyangka majlis ini mendapat sambutan daripada penduduk terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak

"Program sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini amat besar manfaatnya kerana ia dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan di kalangan ahli masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pada majlis tersebut, orang ramai berarak kira-kira satu kilometer dengan membawa sepanduk menuju ke masjid kampung tersebut.

Azman berkata, keperibadian Rasulullah perlu dijadikan inspirasi kepada semua untuk terus mencapai kecemerlangan dalam semua aspek kehidupan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan negara.

"Sejajar dengan tema sambutan, semua pihak perlu bersama-sama menghayatinya untuk kita meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh baginda agar sinar Islam akan kekal berperanan membentuk insan yang berakhlak mulia.

"Usaha ini dilihat sebagai satu langkah untuk menghayati sirah junjungan kepada umat Islam," ujarnya.

Azman memberitahu, bagi menambahkan lagi penghayatan terhadap sambutan itu, pihaknya turut mengadakan majlis ceramah yang disampaikan oleh imam Masjid Mukim Pulau.

Menurutnya, pihaknya merancang untuk mengadakan sambutan itu sebagai acara tahunan sebagai medium untuk memantapkan lagi jati diri di kalangan penduduk mukim tersebut.

Seorang penduduk, Nor Khuzairi Md. Nor, 31, ketika ditemui menyambut baik program tersebut dan menyifatkan ia sesuatu yang perlu diteruskan pada masa hadapan.

"Melalui sambutan ini, saya lihat kita dapat memberikan kesedaran terutama kepada golongan muda tentang sejarah sambutan Maulidur Rasul.

"Usaha ini dilihat sebagai satu langkah untuk menghayati sirah junjungan kepada umat Islam," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.