saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/03/2011

Bertindak adil kepada masyarakat

KINABATANGAN 3 Mac - Tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran saman diskaun 50 peratus sehingga 10 Mac ini bukan dilakukan tanpa sebarang tujuan atau alasan kukuh.

Sambil menafikan tindakan itu seolah-olah kerajaan tidak tegas, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya berkata, ia dilakukan kerana mahu bertindak adil kepada masyarakat.

Jelas beliau, pada hari terakhir tempoh bayaran saman iaitu Isnin lalu telah berlaku gangguan dalam sistem yang diguna pakai kerana terlalu ramai yang ingin melunaskan bayaran pada hari tersebut.

"Ramai yang telah datang dan beratur panjang untuk melakukan pembayaran tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana gangguan pada sistem.

"Akibat masalah itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkannya demi memberi peluang kepada orang ramai menjelaskan saman mereka. Namun ini adalah kali terakhir ia dilanjutkan dan tidak akan ada lagi selepas ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod serta Geran Komunal Lalampas, Tongod di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.

Semalam, kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, sehingga 10 Mac ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman tetapi gagal berbuat demikian ekoran masalah sistem tergendala serta kesesakan kaunter di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan mempunyai niat lain dalam memanjangkan tempoh pembayaran saman trafik tersebut, mengapa ia hanya dilanjutkan untuk tempoh singkat sahaja.

Jelasnya, jika ia dibuat demi mengaut keuntungan, lebih baik tempoh pembayaran saman tersebut dilakukan selama sebulan.

"Lanjutan tersebut dibuat demi bertindak adil kepada mereka yang tidak dapat membuat pembayaran pada hari terakhir, itu sahaja.

"Kita juga bukan saja-saja hendak melanjutkan tempoh pembayaran, tetapi sistem yang diguna pakai telah mengalami gangguan. Kini sistem yang digunakan lebih tersusun dan orang ramai harus mengambil kesempatan yang diberikan dengan sebaik-baiknya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.