saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 05/03/2011

Warga miskin terharu dapat makanan


SUKARELAWAN Pertiwi mengagihkan makanan percuma kepada golongan miskin tegar di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 4 Mac - "Perasaan saya ketika ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bersyukur dan terharu, itu saja yang mampu saya katakan untuk bantuan makanan ini."

Itulah kata-kata seorang daripada penduduk miskin tegar, Mukarramah Mahmud, 27, yang menerima bantuan makanan daripada Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).

Pertiwi melalui Projek Dapur Mesra yang dilancarkan Mac tahun lalu menyediakan makanan percuma untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik itu di beberapa kawasan di sekitar ibu kota.

"Suami saya tidak mampu mendapatkan pekerjaan kerana statusnya sebagai bekas banduan menyukarkan dia diterima bekerja, lantas saya terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyara suami.

"Dengan pendapatan sehari hanya sekitar RM10 hingga RM20, bantuan seperti ini sudah cukup besar bagi golongan miskin seperti saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut wanita itu, ketika menerima cahaya mata yang pertama, dia terpaksa menyerahkan anaknya itu kepada rumah kebajikan kerana kesempitan wang.

"Akibat tidak mampu membesarkan anak, saya terpaksa menyerahkan bayi pertama saya kepada rumah kebajikan sementara anak kedua dijaga oleh ibu saya di Sarawak.

"Perasaan rindu yang saya tanggung tidak dapat ditahan lagi. Saya tidak tahu bila baru dapat bertemu kembali dengan anak-anak saya," katanya.

Tambahnya, dia berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberikan bantuan kepada golongan sepertinya yang diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Seorang lagi warga miskin, M. Selva, 38, berkata, makanan yang diterimanya melalui bantuan itu kadang kala merupakan makanan pertama yang dijamahnya pada minggu tersebut.

"Terima kasih kepada Pertiwi kerana memikirkan dan prihatin kepada kami yang miskin ini.

"Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih dan berharapkan bantuan sebegini berterusan di masa hadapan," katanya yang hanya mampu menyara diri dengan menjual tin-tin kosong.

Sementara itu, Pengarah Projek Dapur Pertiwi, Munirah Abdul Hamid berkata, bilangan golongan miskin tegar yang tinggi menyebabkan Pertiwi memulakan program tersebut bagi meringankan beban mereka.

"Kami beroperasi empat hari dalam seminggu, bermula malam Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad di empat lokasi iaitu Chow Kit, Kompleks Dayabumi, Puduraya dan Masjid India.

"Kami akan berada di setiap lokasi kira-kira 30 minit untuk mengagihkan kirakira 200 bungkus makanan kepada penduduk miskin," katanya.

Menurutnya, program itu akan diteruskan selama yang mungkin kerana sambutan yang diterima daripada pelbagai pihak amat menggalakkan.

"Syarikat-syarikat yang mahu menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah menyertai kami sebagai sukarelawan untuk membantu melicinkan perjalanan program ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.