saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 06/03/2011

Minta polis tunjuk kad kuasa – Tun Hisan

SHAH ALAM 5 Mac – Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menasihatkan orang ramai agar meminta anggota polis menunjukkan kad kuasa mereka sekiranya ditahan oleh mana-mana individu yang mengaku sebagai anggota pasukan keselamatan itu.

Beliau berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, orang ramai boleh berbuat demikian sekali gus dapat mengelak menjadi mangsa perbuatan jenayah oleh mereka yang menyamar sebagai anggota polis.

“Penjenayah pada masa ini menggunakan pelbagai taktik untuk melakukan jenayah termasuk mengaburi mata orang ramai dengan mengaku sebagai anggota polis.

“Untuk mengelakkan menjadi mangsa, orang ramai boleh meminta mana-mana anggota polis menunjukkan kad kuasa mereka sekiranya merasa ragu-ragu atau mengesyaki sesuatu yang tidak kena,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) negeri dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Rela negeri, Brigedier Jeneral Khairi Mohd. Alwee Said, manakala JPAM negeri diwakili pegawainya, Mejar Mohd. Saiful Azam Ismail.

Akhbar hari ini melaporkan polis menahan empat suspek termasuk dua daripadanya didakwa terlibat dalam kes menyamar sebagai pegawai polis sebelum menyamun dan merogol seorang wanita berusia 29 tahun di Klang.

Salah seorang daripada empat ditahan itu merupakan anggota Rela yang dipercayai telah meminjamkan garinya kepada dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

Tun Hisan menjelaskan, orang ramai boleh mengenal pasti identiti seorang anggota polis berdasarkan personaliti mereka yang sentiasa berpakaian kemas dan bersih berbanding individu yang menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.