saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 07/03/2011

Selepas 2008... usah riuh sekampung sebelum bertelur

ESOK genap tiga tahun 8,161,039 pengundi memilih wakil rakyat mereka bagi Dewan Rakyat dan 7,117,226 memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Tarikh 8 Mac 2008 akan diingati terutama oleh parti-parti politik. Barisan Nasional (BN) akan ingat bagaimana parti itu kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pas pula di samping mengekalkan Kelantan berjaya mendapatkan Kedah dan menumpang kemenangan besar DAP di Perak apabila wakil Pas dilantik sebagai Menteri Besar (MB).

Bagaimanapun kerajaan campuran DAP-Pas-PKR di Perak tidak bertahan lama apabila dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang ADUN DAP meninggalkan pakatan itu. DAP juga berjaya menguasai kebanyakan kerusi di Selangor dan PKR yang kelebihan satu kerusi berbanding DAP menumpang kemenangan ini dengan mendapat jawatan MB. PRU 2008 merupakan kemenangan besar kepada DAP kerana berjaya menumbangkan ramai calon MCA, Gerakan dan MIC. Lebih bermakna apabila DAP 'menawan' Pulau Pinang. Walaupun usaha menawan Pulau Pinang melalui pelbagai gagasan termasuk Projek Tanjong I, II, III serta mahu menjadi Ketua Menteri paling berkuasa tidak berjaya sebelum itu tetapi 2008 menyaksikan kejayaan paling manis bagi DAP. Lim Guan Eng akhirnya merealisasikan impian bapanya, Lim Kit Siang. Walaupun tidak sempat menjadi Ketua Menteri melalui episod Tanjong, tetapi kehampaan Kit Siang itu terbayar dengan kejayaan Guan Eng.

Ternyata penghijrahan Guan Eng dari Melaka berbaloi apabila beliau diterima oleh kebanyakan pengundi di Pulau Pinang. Begitulah kenangan pahit manis bagi parti-parti politik pada PRU 2008.

Menjelang tiga tahun 'tsunami politik' 2008, apakah sudah tertunai segala janji yang ditaburkan kepada pengundi-pengundi semasa kempen PRU lalu? Atau adakah parti-parti politik masih berkecamuk dengan kemenangan dan kekalahan 2008? Berapa banyak janji manis hanya tinggal janji kosong. Semasa berkempen, ada yang menjanjikan seolah-olah mahu memberi 'bulan dan bintang' kepada rakyat. Akhirnya janji itu ibarat janji sehabis bulan. Lebih malang lagi kerana terlalu kemaruk kuasa dan kedudukan politik, ada juga yang semasa berkempen menggambarkan bahawa parti merekalah yang akan menentukan 'syurga dan neraka' bagi orang Islam. Sungguh malang ada yang terpengaruh.

Isunya, sudah tertunaikah segala janji? Bagaimana mahu mengukur janji yang dilafazkan? Jika janji dunia boleh dilihat dengan mata, mendengar dengan telinga dan berfikir dengan otak tetapi kalau janji bab syurga neraka pula bagaimana?

Selepas hampir tiga tahun pengundi membuat pilihan, parti-parti politik tidak habis-habis berpolitik. Keadaan ini ditambah pula dengan kehadiran begitu banyak pilihan raya kecil (PRK) sama ada yang disengajakan atau disebabkan kekosongan apabila wakil rakyatnya meninggal dunia.

Sebenarnya bukanlah mudah untuk menjadi pemerintah, tidak mudah menunaikan janji seperti yang ditaburkan. Menabur janji tidak semudah bercakap atau tidak seindah menulis di atas kertas yang dinamakan manifesto. Menabur benih padi pun kadang-kadang tidak menjadi.

Menjanjikan sesuatu yang umpama mahu memberi 'bulan dan bintang' tidak 'semudah' orang naik roket ke bulan. Apakah janji-janji itu sekadar untuk mencari kepentingan politik atau lebih tepat sebagai umpan politik?

Menjelang genap tiga tahun PRU 2008, PKR pada Sabtu lalu melancarkan Buku Jingga, satu lagi janji pakatan pembangkang jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya. Pada 26 Mac ini pula akan dilancarkan Pelan Tiga Tahun Selangor yang dipanggil Agenda Selangor Untuk Rakyat atau Arus. Semoga Buku Jingga tidak tinggal janji atau akan hanyut dibawa arus Sungai Klang atau Sungai Gombak.

Berjanjilah selagi ada peluang kerana janji tidak memerlukan modal yang besar. Tetapi janganlah sebelum bertelur sudah riuh sekampung. Rakyat pula harus boleh menilai sejauh mana janji mampu ditunaikan.

Berfikirlah mana lebih baik - menabur janji tetapi semuanya tidak tertunai atau tertunai tetapi sekadar 'telur separuh masak' atau melibatkan puak tertentu sahaja.

Pengundi-pengundi yang sudah memberi undi mereka boleh menyelak semula apakah janji-janji yang dijanjikan semasa kempen PRU lalu ditunaikan atau sekadar cakap kosong?

Mungkin ada yang berjanji untuk memansuhkan tol tetapi sehingga sekarang plaza tol tetap berdiri megah di lokasi sedia ada.

Mungkin alasannya kerana itu bukan di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebaliknya di bawah kuasa Putrajaya.

Mengenai tol, pada PRU lalu, BN tidak berani menjanjikan untuk menghapuskan tol sama sekali tetapi beberapa perkembangan yang berlaku selepas PRU 2008 menunjukkan kerajaan BN akan melakukan apa yang difikirkan mampu dilaksanakan untuk rakyat supaya wujud suasana menang-menang. Rakyat senang dan kerajaan pula tidak bankrap.

Dalam isu tol ini, pujian harus diberi kepada BN kerana prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Antara keputusan kerajaan BN mengenai tol ialah memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Kampung Dato' Harun pada 13 Februari 2009. Sebelum pemansuhan, penduduk terpaksa membayar tol RM1.60 setiap kali berulang alik dari rumah menghala ke Kuala Lumpur sejak April 2004. Ini diikuti pemansuhan kutipan tol untuk kedua-dua arah di Plaza Tol Salak Jaya, Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) bermula 24 Februari 2009. Tol sehala sebanyak RM1.30 dikenakan sejak Mei 1999.

Berkuat kuasa 1 Ogos 2010 pula, pengguna Linkedua di Gelang Patah, Johor menikmati pengurangan kadar bayaran tol sebanyak 30 peratus. Pada 18 Februari, kadar tol di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS 2) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dekat Kampung Medan, Petaling Jaya dikurangkan daripada RM1.60 kepada RM1

Dan mulai Mei ini, kerajaan BN akan menamatkan konsesi tol Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur. Kerajaan BN juga mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tempoh lima tahun akan datang bagi Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1. Semuanya ini tidak dijanjikan dalam PRU tetapi dilaksanakan untuk rakyat. Terima kasih BN!

Tahniah juga kepada pengundi-pengundi Merlimau dan Kerdau yang masih mengekalkan undi kepada BN. Semoga BN dan Pas tahu menunaikan janji.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.