saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 07/03/2011

Liverpool mengganas


Pemain Liverpool Dirk Kuyt (kanan) meraikan jaringan ketika menentang Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana England di Anfield, semalam. - REUTERS


ANFIELD - Dirk Kuyt menjadi igauan ngeri buat Manchester United apabila jaringan hatriknya membantu Liverpool membenam Red Devils 3-1 dalam aksi terbaik yang pernah ditampilkan oleh skuad bimbingan Kenny Dalglish setakat ini.

Pemain antarabangsa Uruguay, Luis Suarez menjadi arkitek kepada dua gol yang dihasilkan Kuyt pada minit ke-34 dan ke-65, sementara satu gol lagi hasil 'ihsan' yang diberikan Nani yang tertanduk bola berhampiran pintu gol United pada minit ke-39.

Javier Hernandez memberikan gol sagu hati kepada United pada minit ke-91 selepas menanduk bola hasil hantaran lintang Ryan Giggs.

Keputusan itu bermakna kekalahan kali kedua berturut-turut buat United selepas tunduk kepada Chelsea minggu lalu, manakala Liverpool terus menghidupkan peluang merebut slot ke saingan Eropah pada musim hadapan.

Gol pertama dihasilkan menerusi gerakan menakjubkan Suarez, yang secara bersahaja melepasi tiga pemain United di dalam kotak penalti sebelum melakukan hantaran ke Dirk Kuyt yang menunggu di hadapan gawang lawan.

Kuyt mudah melepaskan sepakan ke arah gawang United yang tidak dikawal bagi meletakkan Reds di hadapan, walaupun penjaga gol pelawat, Edwin van der Sar cuba membantah keputusan pengadil.

Belum sempat United mahu mengatur gerakan mencari gol penyamaan, lima minit selepas itu Nani menghadiahkan Liverpool gol kedua apabila tersilap percaturan dengan menanduk bola menghampiri pintu gol sendiri, sebelum mudah disambar Kuyt menewaskan van der Sar yang jelas kelihatan kurang bersedia.

Perlawanan itu bagaimanapun agak tegang dengan beberapa aksi kurang menyenangkan selepas itu apabila Nani mengadu dikasari oleh Jamie Carragher sementara pertahanan United, Rafael nyaris menerima kad merah apabila melakukan terjahan menggunakan kedua kakinya ke atas Martin Skrtel pada minit ke-44.

Dalam dua insiden itu, pengadil Phil Dowd yang cukup terkenal kerana sering bermurah hati memberikan kad kepada pemain melayangkan kad kuning kepada Carragher, Van der Sar, Rafael dan Skrtel.

Pada babak kedua, Liverpool terus menambahkan sengsara United berpunca daripada sepakan percuma yang diambil Suarez namun van der Sar hanya mampu menampan lemah sebelum bola muntah itu pantas disambar Kuyt untuk gol ketiga The Kops pada minit ke-65.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.