saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/03/2011

RTM siar bakat kesenian mahasiswa 20 universiti


Dr. Rais Yatim (tiga kiri) menyampaikan replika cek RM2,000 kepada peserta dari USM setelah diumumkan sebagai johan Pertandingan Akhir Pesta Pantun Bestari 2011 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur, kelmarin. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 7 Mac - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mulai tahun ini akan menyiarkan bakat kesenian mahasiswa sebagai program selingan di dalam siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementeriannya akan mengetengahkan bakat mahasiswa di setiap 20 universiti awam terutamanya dalam bidang pantun dan bakat kesenian lain seperti persembahan gamelan.

''Ini akan memberi peluang kepada mereka di samping kita dapat mencari pengganti supaya seni budaya tetap kita kendong dan pertahankan bersama.

"Bakat seperti ini harus kita paparkan dan selitkan dalam siaran RTM," katanya ketika berucap merasmikan Pesta Pantun Bestari 2011 di Universiti Malaya (UM) di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Rais turut menyumbang sebanyak RM6,000 sebagai bantuan pentadbiran untuk penganjuran Pesta Pantun Bestari.

Pada majlis itu, Universiti Sains Malaysia (USM) muncul johan pertandingan dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, piala iringan, sijil dan cenderamata.

Tempat kedua pula disandang oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tempat ketiga dimenangi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.