saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/03/2011

Nik Abdul Aziz tidak dapat terima kekalahan Pas

KOTA BHARU 7 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) ternyata tidak dapat menerima kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau apabila memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan jentera kerajaan.

Beliau mendakwa, kekalahan itu disebabkan Pas berdepan dengan Kerajaan Pusat, bukannya UMNO atau BN yang didakwanya telah mencabul sistem demokrasi di negara ini bagi 'mencipta' kemenangan.

Menteri Besar Kelantan itu turut menegaskan, Pas bukan liabiliti kepada sekutunya dalam pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, biarpun tewas lima daripada lapan pilihan raya kecil yang disertainya selepas Pilihan Raya Umum 2008.

"Kita sebut pilihan raya tetapi sebenarnya di Malaysia tidak ada pilihan raya. Pas sebagai sebuah parti sepatutnya lawan UMNO, tetapi yang berlawan sekarang parti dan kerajaan, televisyen, radio dan projek semua berpihak kepada sebelah pihak. Ini bukan adil, ini berdosa dunia dan akhirat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.