VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Oktober 2014 / 6 Muharam 1436  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 08/03/2011

Parlimen: 4,118 kes bunuh diri dari 2001 hingga 2010

08/03/2011 7:38pm

KUALA LUMPUR 8 Mac Sebanyak 4,118 kes bunuh diri dilaporkan sejak 2001 sehingga 2010, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, antara faktor yang sering dikaitkan dengan kes bunuh diri yang dikategorikan sebagai kes mati mengejut ialah tekanan perasaan akibat kegagalan dalam hidup, masalah keluarga dan kematian orang tersayang.

"Faktor lain ialah mengalami penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma, terlibat dengan jenayah (bagi mengelak hukuman), terlibat dengan dadah dan menghidap penyakit yang tidak dapat dirawat, katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tong Him ingin tahu jumlah kes membunuh diri dari tahun 2001 hingga 2010 dan punca kejadian serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha untuk mencegah kejadian tersebut.

Hishammuddin berkata, masalah kewangan yang kritikal seperti menanggung hutang yang banyak dan terlibat dengan judi juga merupakan penyebab individu membunuh diri.

Beliau berkata, terdapat beberapa NGO yang berusaha menangani dan mencegah kejadian bunuh diri.

"Usaha ini dilakukan melalui program seperti khidmat kaunseling, ceramah, bengkel dan seminar mengenai kemahiran kaunseling dan pencegahan bunuh diri serta kempen kesedaran mengenai kesihatan mental, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:00
Asar 4:19
Maghrib 6:58
Isyak 8:09



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.