saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 09/03/2011

500 tinggal sehelai sepinggang, 50 rumah hangus dalam kebakaran


Kebakaran besar yang berlaku di Kampung Titingan, Tawau semalam mengakibatkan hampir 500 orang kehilangan tempat tinggal.


TAWAU 8 Mac - Lebih 500 penduduk tinggal sehelai sepinggang apabila kira-kira 50 buah rumah hangus dalam kebakaran di Blok 9, Kampung Titingan, Tawau, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu kali ketiga melibatkan perkampungan air tersebut tahun ini dengan kali terakhir pada penghujung Januari lalu, di Blok 6.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Kebakaran itu turut mencemaskan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan terletak berdekatan yang bimbang api merebak ekoran angin kencang.

Ini menyebabkan ratusan pelajar dan kakitangan sekolah bingkas keluar bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Mohd Zahar Abdullah berkata, dua jentera bomba, enam kenderaan utiliti dan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima maklumat pada pukul 11.58 pagi.

Menurut beliau, antara faktor menyebabkan api mudah merebak adalah kedudukan rumah yang terlalu rapat selain diperbuat daripada kayu.

"Kita berjaya mengawal api kira-kira pukul 1 petang dan padam sepenuhnya sejam selepas itu," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kira-kira 50 buah rumah musnah dalam kebakaran itu.

Mohd. Zahar juga menasihatkan penduduk kampung berkenaan supaya menyimpan alat pemadam api di rumah masing-masing sebagai langkah-langkah keselamatan.

Sementara itu, seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zul berkata, dia menyedari berlaku kebakaran setelah melihat asap tebal berkepul-kepul keluar dari arah kampungnya.

"Waktu itu saya berada di bandar Tawau. Saya terus bergegas pulang dan setelah tiba, saya dapati rumah saya tidak dapat diselamatkan sama sekali," katanya.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana semua ahli keluarganya yang berada di dalam rumah itu sempat menyelamatkan diri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.