saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 10/03/2011

Pelajar Felda sertai program modal insan


Ismail Karim (tiga dari kanan) ketika menyempurnakan program Memperkasa Pembangunan Modal Insan, Komuniti Pelajar Islam Luar Bandar Wilayah Johor Bahru Peringkat Daerah Kota Tinggi di Dewan Orang Ramai, Felda Lok Heng, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 9 Mac - Seramai 400 pelajar dari sembilan sekolah menengah dalam kawasan Felda di daerah ini menyertai program Memperkasa Pembangunan Modal Insan, Komuniti Pelajar Islam Luar Bandar Wilayah Johor Bahru peringkat daerah yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Felda Lok Heng dekat sini baru-baru ini.

Mereka terlibat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim, SMK Bandar Easter, SMK Seri Aman, SMK Tan Sri Jaafar Albar, SMK Air Tawar, SMK Adela, SMK Semenchu, SMK Bandar Mas dan SMK Linggiu.

Program anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah, Felda Wilayah Johor Bahru, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dan Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd. itu bertujuan memberi kesedaran dan peluang meningkatkan kualiti diri serta membuka minda mereka dalam mengubah kehidupan.

Program itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim manakala penutupnya disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman.

Turut hadir Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak; Penolong Pengurus Besar Felda Wilayah Johor Bahru, Ismail Samingin dan Pengurus Wilayah Johor Selia Selenggara Selatan, Yusaimi Abd. Jamil.

Pelbagai aktiviti turut diadakan untuk memeriahkan program itu, antaranya pameran, taklimat, ceramah serta dialog dengan pakar motivasi serta agensi seperti Giat Mara Kota Tinggi, Kolej Komuniti Kota Tinggi dan Kolej Profesional Mara Bandar Penawar.

Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, pelajar atau remaja perlu didedahkan secara serius dengan konsep memartabatkan jati diri dan pembangunan masyarakat lestari ke arah memperkasa modal insan secara keseluruhan, sekali gus menerapkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

"Ibu bapa juga mesti memperlengkapkan lagi anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual supaya mereka lebih kuat berdepan dengan cabaran semasa.

"Dengan penganjuran program seumpama ini, diharap pelajar akan mencapai tahap potensi diri serta tidak melibatkan diri dengan masalah sosial yang memudaratkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.