saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 10/03/2011

Negeri Sembilan bakal penyumbang tenaga solar negara

JELEBU 9 Mac - Negeri Sembilan bakal menjadi pusat penghasilan tenaga solar terbesar negara apabila tapak pelupusan sampah seluas 26 hektar di Pajam, Nilai dibangunkan sebagai kawasan tenaga elektrik berteknologi baru.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek berkenaan yang merupakan sebahagian dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) juga akan memperlihatkan pembangunan loji janakuasa biogas 2-Megawatt (MW), selain kemudahan tenaga solar berkuasa 8-MW.

''Projek ini sebenarnya di bawah Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksana (Pemandu) yang dibuat di satu tapak pelupusan sampah di Pajam yang kini telah pun ditutup sebahagian bagi pelaksanaan projek tersebut.

''Oleh kerana ia menjadi satu kawasan pelupusan sampah, tiada projek pembangunan dapat dibuat di situ untuk tempoh 20 tahun akan datang, selain ia dibangunkan untuk tujuan tenaga elektrik dan elektronik yang baru," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditemui pemberita selepas mengadakan majlis pemimpin bersama kepimpinan masyarakat di sini.

Tambahnya, hasil tenaga berkenaan akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk disalurkan kepada pengguna.

''Ini merupakan satu konsep hijau yang menyaksikan penggunaan teknologi tinggi. Kita percaya lebih 100 panel solar dapat didirikan di kawasan tersebut, selain satu logi janakuasa biogas dibina di situ," tegasnya.

Projek berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Semalam Najib mengumumkan, syarikat Cypark Resources Bhd. melabur RM94.29 juta untuk membina kawasan tenaga diperbaharui di Pajam, Nilai.

Apabila siap kelak, kawasan berkenaan dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM12.16 juta pada tahun 2020.

Projek perintis yang dijalankan di Pajam ini akan dijadikan pemangkin kepada projek sama di 31 tapak pelupusan sampah lain di negara ini.

Mohamad juga memberitahu, kawasan di Pajam itu akan ditutup sepenuhnya selepas tapak pelupusan baru di Jimah dekat Bukit Nenas, Seremban dibuka sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Katanya, selain Pajam, tapak di Bukit Palong dekat Port Dickson, juga akan ditutup supaya ia dapat diselaraskan di kawasan baru pelupusan sampah di Jimah.

''Tapak pelupusan sampah dengan sistem teknologi pelupusan yang efisien seluas 40.5 hektar di Jimah itu akan menampung kepadatan sampah di kawasan Seremban, Port Dickson serta Nilai," katanya.

Kata Mohamad, kawasan itu nanti akan mempunyai mesin pembakaran bertutup bersaiz sederhana atau insinerator bagi tujuan melupuskan sisa pepejal dengan lebih cekap.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.