saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 10/03/2011

Produk berasaskan sekam padi

JOHOR BAHRU 9 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan bahan yang boleh digunakan untuk merawat air kesan sisa industri tekstil daripada sekam padi.

Teknologi baru dinamakan Pengesan Phenol yang dicipta sekumpulan empat penyelidik itu mampu memerangkap phenol iaitu sejenis bahan sisa industri tekstil yang terhasil daripada bahan pewarna boleh mencemarkan air yang menjadi punca penyakit barah.

Ketua Penyelidik, Prof. Madya Dr. Mohd. Nazlan Mohd. Muhid dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains UTM berkata, produk yang dihasilkan itu adalah kaedah terkini yang boleh digunakan untuk memerangkap phenol dan ia memudahkan bahan berkenaan dikumpul serta dirawat.

Beliau berkata, bahan itu berasaskan enzim tyrosimase daripada tumbuhan seperti kentang dan ubi kayu yang kemudian disalut dengan maerogel iaitu sebatian dihasilkan daripada sekam padi.

“Tyrosimase yang dihasilkan daripada tumbuhan ini sebenarnya tidak boleh berfungsi sendiri untuk memerangkap phenol kerana ia tidak mampu berfungsi pada suhu ekstrem.

“Bahan tersebut disalut dengan maerogel bagi membolehkannya berfungsi dengan baik untuk memerangkap phenol meskipun terlarut dalam air pada kuantiti yang sangat kecil,” katanya pada sidang akhbar memperkenalkan produk tersebut di UTM, Skudai dekat sini hari ini.

Mohd. Nazlan berkata, Pengesan Phenol amat efisien kerana ia bertindak dengan cepat untuk mengasingkan phenol daripada air dan akan mengapungkan bahan itu apabila diletak ke dalam air.

Beliau berkata, kaedah itu lebih murah dan efisien kerana dalam tempoh kurang sejam ia akan membuatkan phenol terapung di permukaan air.

“Sisa phenol itu kemudian boleh diambil dan air yang tertinggal itu akan dirawat dengan sempurna,” katanya.

Kumpulannya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan Pengesan Phenol dan ia merupakan susulan daripada maerogel yang merupakan bahan pepejal paling ringan di dunia yang pernah dihasilkan sebelum ini.

Beliau memberitahu, Pengesan Phenol itu hanya perlu digunakan pada kadar satu peratus daripada jumlah air yang ingin dirawat dan ciptaan itu juga telah merangkul Anugerah Emas pada Ekspo Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Pada masa ini, kita hanya menjalankan kajian dalam skala makmal dan amat berharap ada pihak industri tampil untuk bekerjasama membangunkan ciptaan ini dan seterusnya mampu menghasilkan bahan yang boleh merawat air terutamanya yang tercemar akibat phenol,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.