saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/03/2011

Anuar Manan raih jersi kuning, menang peringkat ke-4

11/03/2011 8:45pm

PEKAN 11 Mac Jaguh pecut dalam skuad lebuh raya negara, Anuar Manan mencipta sejarah tersendiri beliau apabila menjuarai peringkat keempat Kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia 2011 (JM2011) hari ini.

Selain itu, Anuar dari pasukan Terengganu Pro Asia Cycling Team (TSG), turut merampas jersi kuning, selaku pelumba terbaik keseluruhan dari rakan sepasukan Mohd Hariff Salleh.

Perlumbaan peringkat keempat dari Kuala Rompin ke Pekan, Pahang sejauh 89.6km yang berlangsung dalam cuaca hujan lebat sedikit pun tidak mengganggu kejituan kayuhan Anuar untuk memecut ke garisan penamat.

Anuar, 25, menamatkan saingan dengan catatan masa sejam 52 minit dan 24 saat bersama kelompok besar pelumba lain ke garisan penamat.

"Cuaca hujan bukanlah satu halangan tetapi saya dan pasukan saya terpaksa berkerja keras sedikit untuk menyekat pelumba Iran. Saya dan Hariff memang sasarkan untuk kutip lebih mata dalam acara pecut.

"Namun, 300m sebelum garisan penamat, Hariff yang berada di depan telah dihalang oleh pelumba lain dan saya ambil peluang itu untuk menang di peringkat ini, kata pelumba dari Kuala Ibai, Terengganu.

Selain memenangi peringkat keempat dan penyandang jersi kuning, Anuar turut merampas jersi biru (pelumba terbaik Asia) dan jersi putih (pelumba terbaik Malaysia) dari Mohd Hariff. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.