saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 12/03/2011

Sabar dulu Mew Choo - Rashid

KUALA LUMPUR - Biarpun mengakui permainan Wong Mew Choo sudah statik dan dia tidak mungkin kembali ke zaman kegemilangannya, namun ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek masih berharap bekas juara Terbuka China itu kekal dalam skuad kebangsaan untuk tempoh yang lebih lama.

Tegas Rashid, seandainya Mew Choo memilih untuk berundur sekarang, ia adalah satu kerugian besar buat badminton wanita negara, yang ketika ini masih mencari tapak untuk mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa.

Pemain pelapis seperti Lydia Chia dan Tee Jing Yi makin menunjukkan peningkatan, namun belum mampu menandingi Mew Choo, manakala bekas perseorangan kedua negara, Julia Wong baru kembali dari kecederaan panjang dan sejauh mana dia mampu cemerlang tidak diketahui.

Justeru, Mew Choo adalah satu-satunya pemain yang dapat 'menghidupkan' badminton wanita negara, bukan saja untuk bersaing dengan pemain terbaik dunia, malah menjadi perangsang kepada pemain-pemain muda.

"Saya akui sekarang ini prestasi Mew Choo tidak sehebat dulu dan sukar untuk dia kembali kepada zaman kehebatannya ketika menjuarai Terbuka China 2007. Bagaimanapun, dia tetap pemain wanita terbaik Malaysia dan hingga kini, kedudukannya tidak boleh diganti.

"Ia akan menjadi satu kerugian besar buat Malaysia andai Mew Choo berundur sekarang, bukan saja kita sukar bersaing di peringkat antarabangsa tetapi mungkin sedikit menjejaskan pembangunan pemain wanita. Jadi, saya harap Mew Choo mempertimbangkan untuk berada lebih lama lagi dalam skuad kebangsaan,'' kata Rashid ketika dihubungi Utusan Malaysia di Birmingham semalam.

Rashid tidak menolak, kekalahan 16-21, 16-21 pada pusingan pembukaan kepada jaguh China, Wang Xin memang amat mengecewakan ratu badminton negara itu, malah dia ada berkata kepadanya bahawa dia sudah tidak berdaya lagi.

Begitupun Rashid percaya, Mew Choo sebenarnya masih mampu memberi cabaran terbaik jika tidak diganggu kecederaan, sambil melihat pemain itu masih memiliki kekuatan fizikal untuk bersaing dengan jagoan dunia yang lain.

"Masalah Mew Choo adalah kecederaan yang kadang kala datang dan tiba-tiba pergi, tetapi kalau dia berada dalam fizikal terbaik, dia sebenarnya pemain yang berbisa dan mampu menggerunkan lawan.

"Bagaimanapun semuanya terpulang kepada Mew Choo, hanya dia yang tahu bagaimana keadaan dirinya, sama ada masih boleh meneruskan karier atau tidak. Saya dan pemain yang lain hanya boleh berharap, pada akhirnya dia yang harus menentukan apa yang terbaik untuk dirinya,'' kata Rashid lagi, yang melihat Mew Choo sebagai sandaran terbaik Malaysia untuk memenangi pingat emas Sukan SEA, selain layak ke Sukan Olimpik 2012.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.