saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/03/2011

Rekod cerdik USM

SITI ingin mengucapkan tahniah kepada Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menganjurkan acara baca puisi 72 jam. Acara ini mungkin dimasukkan dalam Malaysia Book of Records. Sebelum ini Gapena menganjurkan Ratib Seribu Syair lebih tiga hari tiga malam tanpa henti.

Bagi Siti ini satu rekod yang berpaksi kepada kecerdikan dan pemikiran. Rekod yang berpaksi pemikiran bagi kita sangat sedikit, yang banyak adalah rekod-rekod merapu dalam Malaysia Book of Records.

Ini juga menarik perhatian terhadap penghayatan budaya ilmu. Acara begini tidak merugikan kerana akan meninggalkan kesan khususnya kepada orang yang terlibat. Maknanya bukan tidak boleh mencipta rekod, tapi biarlah rekod yang cerdik dan ada keterlibatan pemikiran. Tapi banyak rekod yang dikumpul oleh Malaysia Book of Records sangat mengarut, tidak ada hubungan dengan kecemerlangan apabila rekod itu dicipta.

Semoga acara ini dapat menebus rekod-rekod merapu seperti lemang terpanjang, kek terpanjang, kain rentang terpanjang lebih kurang 1 kilometer, menyusun buku menjadi Menara Berkembar Petronas dan yang terbaru rekod 1,000 orang tumbuk sambal di Perlis.

Acara tumbuk sambal 1,000 orang ini satu pembaziran. Memanglah dapat cipta rekod tapi sekadar rekod mengarut sajalah. Bayangkan berapa banyak belacan, cili dan garam terbuang begitu saja selepas acara mencipta rekod. Siapa nak makan sambal yang dibuat sedemikian rupa? Siti nak tanya, hebat sangatkah orang Perlis dapat kumpul 1,000 orang tumbuk sambal sekaligus? Kalau ada yang berbangga, tentu ada sesuatu yang tak kena dengan orang itu.

SITI JARUM: Selalu juga tumbuk sambal.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.