saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/03/2011

Rosmah ucap takziah kepada mangsa tsunami Jepun

13/03/2011 1:31pm

KUALA LUMPUR 13 Mac Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini melahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Matahari Terbit itu pada Jumaat lepas.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) mendoakan mereka yang terselamat dalam malapetaka itu dapat kembali meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

"Saya sebagai ibu dan isteri merasa amat sedih apabila melihat banyak nyawa yang terkorban. Saya diberitahu ada kereta api yang berlanggar...cuba bayangkan kemusnahan yang berlaku, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang walkathon Walk For Children: 1Malaysia Goes Gree di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada tengah hari Jumaat lepas dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu serta mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang.

Walkathon itu, yang disertai kira-kira 2,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk remaja dan kanak-kanak, dianjurkan Kelab International School of Kuala Lumpur bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada Rumah Kasih Sayang, Rawang dan Shelter Home Malaysia. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.