saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/03/2011

Misi bantuan masih tunggu kebenaran kerajaan Jepun

15/03/2011 6:39pm

SUBANG 15 Mac Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih lagi menunggu kebenaran daripada kerajaan Jepun untuk mendarat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo bagi misi bantuan menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan MKN, Rodzi Md. Saad berkata justeru itu, misi menyelamat mangsa di negara itu ditangguhkan sementara sehingga MKN menerima makluman balas.

"Kami sedang menunggu kebenaran untuk mendarat bagi Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang memerlukan kebenaran rasmi kerajaan Jepun.

"Misi ini akan ditangguhkan sehingga kita menerima perkembangan terkini dan kerajaan akan menentukan langkah seterusnya dan kami akan maklumkan mengenai perkembangan dalam masa secepat mungkin, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pangkalan Udara Subang dekat sini, hari ini.

Menurutnya sebarang operasi yang dijalankan perlu mengikut prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang risiko dan kemungkinan termasuk aspek keselamatan.

Misi itu akan disertai 67 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk Unit Bahan-bahan Berbahaya (HAZMAT), Kementerian Kesihatan, Persatuan Bulan Sabit Merah, Agensi Nuklear Malaysia dan MKN. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.